4 gambar malam ‘power’ dengan siri iPhone 11… jom tengok tips rakam mod malam

Esok adalah hari terakhir sekiranya anda berminat gambar anda dipaparkan dalam di galeri Apple sebagai salah seorang pengguna iPhone yang ‘legend’.

 

Menggunakan iPhone 11, iPhone 11 Pro atau iPhone 11 Pro Max, anda boleh merakam mod malam secara automatik dan hanya memuat naik ke laman social dengan hashtag #ShotoniPhone dan #NightmodeChallenge. Kemudian, ia akan dipilih secara oleh panel hakim yang dilantik Apple.

 

Foto-foto pemenang akan diraikan di galeri Apple, apple.com dan Instagram (@apple). Mereka juga mungkin muncul dalam kempen digital, Stor Apple, papan iklan atau dalam pameran foto pihak ketiga.

 

iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max menawarkan pengalaman kamera terbaik dalam mod malam yang tepat. iPhone 11 mempunyai sistem dwi-kamera manakala iPhone 11 Pro mempunyai sistem tiga kamera, kedua-dua diintegrasikan ke dalam iOS 13, dengan alat baru yang intuitif dan berkuasa yang membolehkan setiap rakaman seakan profesional.

 

Semua model iPhone 11 mempunyai sensor lebar baru dengan 100 peratus fokus piksel yang membolehkan mod Malam, menyempurnakan foto pada cahaya rendah.

 

Ini adalah petua paling ringkas dan mudah untuk menggunakan mod Malam:

  • Mod malam secara automatik akan diaktifkan selepas iPhone mengesan persekitaran cahaya yang gelap. Anda akan melihat ikon berwarna kuning terpampang bermakna ia teraktif.
  • Mod malam menentukan rakaman berdasarkan lokasi ia diambil dan memaparkan masa tersebut dalam ikon Mod Malam. Anda juga boleh klik sentuh pada ikon Mod Malam dan menyesuaikan slider ke tahap maksimum untuk memanjangkan masa rakam.
  • Cuba tambah mod malam iPhone anda dengan menggunakan tripod untuk masa rakam yang lebih lama pada waktu yang paling gelap.

 

Sementara itu, saksikan gambar-gambar menakjubkan menggunakan iPhone 11. Kami sertakan jenis iPhone 11 yang digunakan serta nama jurugambar. 

 

 iPhone 11 Pro. Austin Mann.
iPhone 11 Pro. Aundre Larrow
iPhone 11 Pro Max. Eric Zhang.
 iPhone 11 Pro. Jude Allen.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.