AirAsia kini ke Da Lat

AirAsia menjadi penerbangan antarabangsa pertama yang menawarkan perkhidmatan langsung di antara Kuala Lumpur dan Da Lat.

Sudahpun membuat penerbangan sulung 20 Disember lalu, Da Lat, ibu kota wilayah Lam Dong di tanah tinggi Vietnam yang juga dikenali sebagai Central Highlands.

Penerbangan sulung, AK571, berlepas dari Kuala Lumpur hari ini pada pukul 11:00 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Da Lat Lien Khuong pada pukul 12:10 waktu tempatan.

Perkhidmatan langsung yang baharu ini akan menyediakan hubungan udara tambahan kepada masyarakat di Central Highlands Vietnam untuk mengembara ke rantau ini, serta memperkenalkan Da Lat sebagai sebuah destinasi percutian kepada dunia.

Da Lat turut dikenali sebagai Kota Musim Bunga kerana cuacanya yang nyaman dan Da Lat menerima pengunjung sepanjang tahun.

Da Lat adalah destinasi ketujuh AirAsia di Vietnam selepas Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, Can Tho dan Phu Quoc.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.