Airpods untuk Android – realme Buds Air datang dengan Pengecas Tanpa Wayar

Anda kini bebas daripada semua kabel dan pengalaman kebebasan sejati sebagai realme Buds Air dilengkapi dengan case caj tanpa wayar. Cukup letakkan case realme ke atas mana-mana pengecas tanpa wayar pun dah cukup.

 

Depan case itu dilengkapi dengan lampu LED untuk memberikan maklumat cas masa sebenar.

 

Di samping itu, ia juga menyokong pengecasan melalui kabel pengecas Jenis-C.

 

realme Buds Air memberikan sejumlah 17 jam main semula muzik. Ingin tahu berapa lama bateri kekal? Dapatkan maklumat bateri intuitif di telefon anda.

Kenapa pengecas tanpa wayar ini penting?

 

Ia menunjukkan anda bebas dari kabel yang secara tidak langsung memudahkannya dibawa ke mana-mana tanpa perlu risau kehilangan atau tertinggal kabel.

 

Lagipun mengecas realme Buds Air tanpa wayar juga pantas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan cas.

 

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah letak saja realme Buds Air di atas pad pengecas dan ia secara automatik akan mengecasnya.

 

Tempoh cas pun tidak lama meskipun ia jenis tanpa wayar berbanding produk lain di pasaran yang memerlukan masa lama sehingga memenatkan pengguna untuk menunggunya.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.