Airpods untuk Android – realme Buds Air siap dilengkapi ‘Wear Detection’

 

 
   

 

 

 

Dalam dua artikel sebelum ini, kita sudah mengenali realme Buds Air yang bukan saja bud telinga yang biasa-biasa.

 

Sekarang jom theskop.com berikan sedikit tip cara guna realme Buds Air ini. Sebenarnya tiadalah banyak sangat caranya kerana ia sangat mudah digunakan.

 

Dalam teknologi Wear Detection realme ini, fungsi utama sudah pasti sentuh dan muzik terpasang. Ditambah pula dengan fungsi automatik, tiada banyak kerenah.

 

realme Buds Air menyokong operasi sentuhan pintar, yang boleh digunakan untuk menjawab / menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara Google Assistant dan masuk / keluar mod game dengan sentuhan yang sangat mudah.

 

Dengan kawalan berasaskan sentuhan saja, ia mudah dikawal ketika berada dalam telinga.

 

Dengan sentuhan pintar realme Buds Air, pengguna boleh menjawab / menamatkan panggilan, menukar muzik, dan mengaktifkan mod permainan. Operasi yang lebih mudah ini boleh membebaskan tangan anda.

 
   

 

Cara mudah guna realme Buds Air:

 

Sentuh dua kali: Jawab panggilan; main / main semula main muzik

Sentuh tiga kali: Langkau ke lagu seterusnya

Sentuh lama sedikit pada sebelah bahagian: Pelancaran Pembantu Suara Google Assistant; membatalkan / menerima panggilan

Sentuh lama pada kedua-dua belah: Masuk / keluar Mod Permainan

 

 

Kebanyakan pengguna pasti memilih jenis realme Buds Air ini kerana ia bukan saja pada reka bentuknya yang mengurangkan bunyi bising: pada dasarnya seperti memakai penyumbat telinga! Tapi pada sama cara menggunakannya mudah pada sentuh pada pertengahan bud tersebut.

 

Sekiranya anda menggunakan fon telinga dengan kerap semasa melakukan perjalanan, realme ini sangat baik dengan mudah urus apabila anda memegang banyak barang. Jadi, tiadalah asyik menekan butang yang komplikated.

 

Lagipun, Wear Detection ini memungkinkan kelancaran ketika menonton filem kegemaran di telefon. Misalnya anda sedang menonton kemudian mahu ke tandas. Berhenti saja dan selepas itu sambung semula dan ia akan cepat menangkap semula audio ketika video dimainkan secara automatik

 

 
   

 

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.