Apa yang anda perlu tahu tentang Samsung Galaxy S20, S20+ & S20 Ultra termasuk harga dan kesediaan di Malaysia

Siri baru Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra menjadi siri pertama yang dilengkapi dengan teknologi 5G untuk syarikat Korea tersebut.

Ia bermakna, telefon-telefon tersebut mampu merakam video 8K dan seterusnya memuat turun dan memainkan video tersebut dengan laju. Malah Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra adalah peranti pertama yang menawarkan pengalaman mobiliti lebih cemerlang dengan menggunakan teknologi sub-6 dan mmWave manakala S20 menyokong sub-6 saja.

Sekaligus, Samsung mahu merubah cara kita bercerita dengan telefon pintar masing-masing dan juga masih mementingkan kamera sebagai ciri utama pada sesebuah telefon pintar tersebut dengan mengekalkan elemen AI dan sensor imej besar.

Sensor besar pada siri S20 membolehkan resolusi kamera ditambah bagi imej lebih terperinci dan lebih fleksibel untuk menyunting, memotong atau zum.

S20 dan S20+ mempunyai kamera 64 megapiksel manakala S20 Ultra pula 108 megapiksel.

Antara kelebihan lain pada sensor imej besar pada kamera ini adalah ia memasukkan lebih banyak cahaya untuk scenario gelap.

S20 Ultra pula berupaya menukar mod 108 megapiksel ke 12 megapiksel dengan pantas hasil inovasi nona-binning yang menggabungkan 9 piksel kepada satu pada tahap sensor.

Antara ciri menarik lain adalah keupayaan Space Zoom yang menggabunngkan Hybrid Optic Zoom dan Super Resolution Zoom yang memasukkan elemen AI pada zum digital membolehkan zum hingga 30x untuk model Galaxy S20 dan S20+ manakala satu lagi model mempunyai proses imej pelbagai yang memuatkan Super Resolution Zoom hingga 100x.

Samsung memperkenalkan konsep Single Take di mana hanya dengan satu gambar, anda boleh menggunakan teknologi AI untuk menjadikannya Live Focus, boleh dipotong dan boleh Ultra Wide meskipun ia tidak diambil terlebih dahulu.

Kali ini, Samsung juga bekerjasama dengan YouTube bagi membolehkan muat naik video 8K anda dengan pantas tanpa merubah apa-apa tetapan.

Untuk keupayaan game, kesemua Galaxy S20 ini mempunyai paparan 120Hz untuk permainan yang lancar.

Siri Galaxy S20 mempunyai pengecas pantas 25W kecuali S20 Ultra yang menyokong 45W Super Fast. Bagi storan dalaman pula, S20 didatangkan dengan 128GB manakala S20+ dan S20 Ultra pula mempunyai varian 128GB, 256GB dan 512GB.

RAM pula, 12GB setiap satu.

Ia akan didatangkan di Malaysia pada 6 Mac ini dan pra tempahan bermula hari ini pada jam 5 petang sehingga 26 Februari 2020.

Harga yang ditawarkan:

Galaxy S20: RM3,599

Galaxy S20+: RM3,999 (128GB)

Galaxy S20 Ultra: RM4,999 (128GB)

Pra tempahan boleh dilakukan di laman web Samsung atau rakan kongsi seperti:

1. Maxis

8. Harvey Norman

2. Celcom

9. Courts

3. Digi

10. Urban Republic

4. YTL

11. Best Denki

5. U Mobile

 

6. Senheng

 

7. SenQ

 

 

Warna yang ditawarkan bagi S20 adalah kelabu, biru dan merah jambu manakala S20+ pula ialah kelabu, biru dan hitam. Cuma S20 Ultra yang dating dengan dua warna saja iaitu…

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.