Apple Malaysia sudah mula menawarkan skrin “Pro Display XDR” dengan harga bermula RM19,999

Pada bulan Jun yang lalu, Apple telah melancarkan perkakasan baharu untuk Mac mereka iaitu skrin Pro Display XDR yang bersaiz 32-inci bersama panel LCD dengan resolusi 6016 x 3384 Retina 6K (218 ppi). XDR bermaksud “Extreme Dynamic Range” yang mempunyai P3 dan 10-bit warna mod rujukan yang terbina.

Selain itu pelarasan warna automatik True Tone dengan juga terbina untuk melaraskan pencahayaan ambien. Yang menarik lagi pada skrin ini adalah ia mempunyai paparan skrin dengan bingkai senipis 9mm sahaja. Cukup nipis untuk anda rasai pengalaman skrin penuh tanpa bingkai.

Tambahan lagi, skrin ini juga boleh diputar ke mod potret. Reka bentuk modular membolehkan paparan untuk menjadikan Pro Stand mudah alih, dan juga menawarkan pilihan untuk melampirkan kepada penyesuai mount VESA.

Tambahan lagi, ia juga menggunakan kabel Thunderbolt 3 untuk menyambung ke Mac Pro, yang boleh menyokong sehingga enam paparan. Ini paparan yang khusus dibina untuk profesional seperti pembikin filem dan jurugambar untuk digunakan ia sebagai fungsi sunting imej dan rakaman HDR.

Apple Malaysia menawarkan Pro Display XDR cermin biasa dengan harga RM19,999. Manakala Pro Display XDR versi Nano-texture glass dengan harga RM25,999. Bukan itu sahaja. Anda juga boleh membeli Pro Stand yang bernilai RM4,499 atau pilihan VESA Mount dengan harga RM899.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.