Bagaimana saya boleh guna telefon seharian tanpa pengecas dan powerbank? Siap dengan bateri yang besar, storan banyak dan skrin yang wah besarnya! Jawapannya pada Siri Huawei Y9 berharga hanya bermula daripada RM799

 

 

 
 

Hari baru bermula. Celik saja mata terus tengok telefon di sebelah. Nasib baik ada model telefon Huawei Y9s.

 

Dah siap dicas 100 peratus. Lihat pula pada kalendar hari ini. Belek satu persatu aktiviti. Wah, macam-macam nak buat hari ini.

 

Ada lepak bersama kawan, ada kerja yang perlu disiapkan dan pada penghujungnya, rasa nak relaks sikit main game.

 

Pegang saja telefon dah boleh nampak yang memberi dua kelebihan iaitu menjimatkan masa dan menjimatkan bateri itu sendiri dengan maklumat penting sudah dibuka tanpa perlu aktifkan keseluruhan telefon.

 

Dah bersiap untuk keluar. Baiklah jom mulakan pemanduan dengan membuka Waze, cepat betul buka telefon. Yalah, dengan prosesor yang laju, apa saja boleh dilakukan dengan pantas.

 
   

 

 

Aktiviti pertama hari ini, jumpa kawan dulu. Maklumlah, ini saja hari cuti yang dapat walaupun bukan hujung minggu. Nasib baik kawan pun ok saja asalkan minum-minum kena sekitar KL dulu. Sebelum memandu, buka dulu Facebook, Instagram dan macam-macam lagi lepas itu balas lah sedikit mesej WhatsApp. Ops! Nak selfie #ootd pagi pun boleh.

 

Gear dua dimulakan untuk ke sana, banyak emel yang masuk dan orang kiri kanan sibuk memanggil dan menghantar mesej. Sambil dengar lagu dalam Spotify pun, boleh saja membuka aplikasi mesej dan membalas dengan pantas pada skrin 6.59 inci Ultra FullView ini.

 

Tiba-tiba ada mesej perlu berjumpa dengan klien sekejap untuk mesyuarat….rekod saja minit mesyuarat dengan Y9s yang ada!

 

 
   

 

 
   

Selesai dua perkara, mesyuarat baru habis, lapar lah pula… janji dengan kawan tadi masih ‘pending’. Jom ajak sekali dia cari makanan tapi bosan makan tempat sama jadi layarilah internet dalam Y9s…Terliur tengok makanan dalam skrin telefon yang cerah dan FullView ini.

 

Apa lagi, teruskan tujuan ke restoran yang dilayari tadi. Dah tiba, selfie dulu di restoran, pesan makanan dan tunggu…Makanan pun tiba, halakan lensa kamera 48 megapiksel tiga kamera pada Huawei Y9s ke makanan yang nampak lazat dan terus pos ke Instagram.

 

Restoran pun ala-ala romantik gitu dengan lampu yang minimum…Gelaplah pula. Jangan risau, ada F1.9, ia membenarkan lebih banyak cahaya sampai ke sensor pengimejan untuk memberikan imej yang lebih baik dalam keadaan gelap.

 

Dalam perjalanan pulang ke pejabat tiba-tiba hujan, alamak! Musim hujan di kota sekarang bukan main lagi sampai banjir dibuatnya tapi apa ada hal. Y9s kot, basah pun tidak apa-apa dalam telefon harga mampu milik siapa nak bagi kalau bukan Huawei?

 

Banyak betul aktiviti sampai tak sedar dah petang tapi perlu membeli barang keperluan pula, jom singgah di kedai…Alamak! Terlupa pula dompet dalam kereta. Eh sekarang kan zaman e-dompet, senang saja guna mana aplikasi…

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.