Dua produk mengiurkan Belkin untuk peminat iPhone, Apple Watch, Airpods

Terdapat dua produk menarik yang ditawarkan Belkin termasuk BOOST↑UP Wireless Charging Dock for iPhone + Apple Watch serta ROCKSTAR Lightning Headphones & Audio + Charge Dock.

BOOST↑UP Wireless Charging Dock for iPhone + Apple Watch membolehkan anda memperoleh dok pengecas 3-dalam-1 yang mengecas pelbagai produk Apple anda ketika anda sedang nyenyak tidur.

Hanya letakkan di atas permukaan pad cas tanpa wayar 7.5-watt ini untuk menambah bateri pada iPhone anda dengan pantas manakala pad lain berkuasa 5-watt jenis Magnetic Charging Module pula bagi mengecas Apple Watch anda.

Dok ini menyokong mod Nightstand untuk Apple Watch yang mengaktifkan fungsi jam ketika ia mengecas.

Port sama pada dok tersebut juga boleh mengecas peranti lain seperti AirPods atau powerbank.

BOOST↑UP Wireless Charging Dock for iPhone + Apple Watch dijual pada harga RM799.


ROCKSTAR Lightning Headphones & Audio + Charge Dock

Manakala ROCKSTAR Lightning Headphones & Audio + Charge Dock direka untuk menyelesaikan masalah biasa bagi pengguna iPhone iaitu menyesuaikan headphone pada port lightning dan bukan pada jek 3.5mm yang tiada.

Headphone ini direka dengan keupayaan audio berkualiti tinggi yang menawarkan juga keselesaan ketika memakainya.

Apabila menyesuaikannya anda akan menerima kualiti output audio 24bit 48kHz tapi pada masa sama boleh pula mengecas iPhone pada kelajuan 12W.

Harga ditawarkan untuk  ROCKSTAR Lightning Headphone saja adalah RM199 manakala jika ia Lightning Audio + Charge Dock pula RM225.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.