Huawei Mate 30 dijangka akan membuat penghantaran sehingga 10 juta unit


Siri Huawei Mate 30 sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan tawaran harga RM2,799 untuk Mate 30 dan RM3,899 untuk Mate 30 Pro. Malangnya, tiada perkhidmatan Google yang tersedia untuk pengguna gunakan pada siri Mate 30 kali ini. Kini, Presiden Perniagaan Produk Pengguna dan Barisan Bergerak Huawei iaitu He Gang telah mengeluarkan kenyataan beliau bahawa penjualan Huawei Mate 30 dijangka akan mencecah sehingga 10 juta unit sehingga hujung tahun ini. Tambahan lagi, beliau juga turut menambah bahawa penghantaran keseluruhan untuk telefon pintar Huawei telah mencecah sehingga 250 juta unit untuk tahun ini. Ia adalah pencapaian yang terbaik bagi Huawei walaupun terpalit dengan isu pengharaman dari kerajaan Amerika Syarikat. The post Huawei Mate 30 dijangka akan membuat penghantaran sehingga 10 juta unit appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.