Huawei Mate X akan mula dijual di China dengan harga sekitar RM10,000 tanpa perkhidmatan Google


Huawei Mate X adalah peranti dengan skrin yang boleh dilipat seperti yang dijual oleh Samsung buat Galaxy Fold. Namun lipatan Mate X sedikit berbeza. Setelah beberapa bulan ia ditunda, kini Huawei memulakan penjualan Huawei Mate X buat pasaran China pada 15 November ini. Dari segi spesifikasi, Huawei Mate X dilengkapi dengan cip pemproses Kirin 980 (bukan Kirin 990) dan masih akan menyokong rangkaian 5G dengan cip pemproses Balong 5000. Mempunyai memori 8GB RAM dan storan 512GB. Pada bahagian lain, ia dibekalkan dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 55W dan quad-kamera 40MP + 8MP + 16MP + ToF. Apabila skrin dibuka, ia akan mempunyai saiz skrin OLED sebesar 8.0-inci dan apabila ditutup, akan mempunyai skrin 6.6-inci hadapan dan 6.38-inci skrin belakang. Bukaan skrin berbeza dengan Galaxy Fold. Huawei menawarkan Mate X buat pasaran China dengan harga CNY 16,999 (~RM10,065). Lebih mahal berbanding harga jualan Samsung Galaxy Fold. Menurut laporan sebelum ini, Huawei Mate X akan dijual tanpa perkhidmatan Google senasib dengan siri Huawei Mate 30. The post Huawei Mate X akan mula dijual di China dengan harga sekitar RM10,000 tanpa perkhidmatan Google appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.