Huawei mengumumkan peranti WiFi mudah alih 5G dengan bateri sebesar 8000mAh


Bila sebut saja tentang teknologi 5G, pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa Huawei adalah yang terawal memperkenalkan rangkaian 5G secara global. Malah, Malaysia sendiri akan menggunakan khidmat Huawei untuk mendapatkan liputan 5G di Malaysia yang dijangka akan hadir buat pengguna sekitar 2 – 3 tahun dari sekarang. Walaupun banyak fon sudah mempunyai rangkaian 5G, namun tidak semua mampu memilikinya. Kini Huawei telah mengumumkan peranti mudah alih yang berasaskan 5G digelar sebagai “Huawei Mobile WiFi Pro 5G” yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 8000mAh. Peranti mudah alih yang berwarna hitam mempunyai kemasan kulit dan campuran warna emas pada bahagian tengah. Dengan bateri sebesar 8000mAh ia mampu menjadi powerbank untuk mengecas peranti anda dengan keupayaan pengecasan pantas 22.5W berwayar dan 15W tanpa wayar. Peranti ini juga boleh dicas dengan pengecasan 40W. Manakala yang berwarna putih (versi biasa) hanya mempunyai bateri sebesar 4000mAh sahaja dan boleh mengecas peranti anda dengan kuasa 18W secara berwayar, tiada pengecasan tanpa wayar seperti warna hitam. Dari segi kelajuan rangkaian 5G, kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan cip pemproses Balong 5000 yang menyokong NSA dan SA. Huawei juga turut menjanjikan kelajuan sambungan sehingga 1.56Gbps dan kelajuan internet sehingga 867Mbps. The post Huawei mengumumkan peranti WiFi mudah alih 5G dengan bateri sebesar 8000mAh appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.