Huawei Watch GT2 Kini Boleh Didapati Di Seluruh Malaysia – Berharga RM799


Huawei Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar terbaru mereka, Huawei Watch GT2. Lanjutan daripadanya, kini jam tangan pintar berkenaan sudah boleh didapati di seluruh negara, selain boleh dicuba di Huawei Experience Store terdekat anda.

Huawei Watch GT2 hadir dengan muka skrin bulan dengan skrin 1.39-inci AMOLED, menawarkan rekaan yang elegan, dijana cip Kirin A1, bateri sehingga dua minggu, dan turut menyertakan sokongan GPS untuk memudahkan pemantauan aktiviti kecergasan.
Di Malasyia, versi 42mm ditawarkan pada harga RM799, sementara versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM899. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui pengedar terdekat Huawei hari ini.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.