iPhone SE 2020 mungkin akan digelar sebagai iPhone 9 – Rekaan seperti iPhone 8

Berita yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah ura-ura tentang pengganti kepada iPhone SE yang mula diperkenalkan pada Mac 2016 dan kini pelbagai ura-ura mendapati bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone SE 2 pada suku tahun pertama 2020.

Menurut MacOtakara, iPhone SE 2 juga mungkin akan digelar sebagai iPhone 9 yang dilengkapi dengan cip pemproses Apple A13 Bionic seperti yang digunakan pada siri iPhone 11 dan akan dipasarkan sebagai iPhone kelas bajet.

iPhone SE dan iPhone SE 2 (Ura-ura)

Laporan juga turut menyebut bahawa iPhone 9 ini juga turut akan menggunakan rekaan seperti iPhone 8 yang masih mengekalkan sistem keselamatan Touch ID disebalik Face ID. Malah iPhone 9 juga dijangkakan tiada sokongan 3D Touch dan saiz skrin lebih besar berbanding saiz iPhone SE yang pertama (4-inci).

Jika benar, iPhone 9 kali ini mungkin akan menjadi salah satu pilihan pengguna iPhone yang ingin membeli iPhone kelas bajet yang berkuasa dengan harga yang berpatutan kerana ia mungkin akan dijual dengan harga permulaan sekitar $399 (~RM1,660).

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.