iPhone Xr dinobatkan sebagai fon paling laris bagi tahun 2019

Menurut laporan penyelidikan yang telah dikeluarkan oleh Counterpoint baru-baru ini, iPhone Xr telah dinobatkan sebagai telefon pintar paling laris bagi suku tahun ke-3 (Q3) 2019 walaupun ia dilancarkan pada pertengahan suku tahun ke-4 (Q4) 2018.

Selain itu, berikut adalah senarai telefon pintar paling laris jualannya pada suku tahun ke-3 bagi tahun 2019 :

  • iPhone XR
  • Samsung Galaxy A10
  • Samsung Galaxy A50
  • Oppo A9
  • iPhone 11
  • Oppo A5s
  • Samsung Galaxy A20
  • Oppo A5
  • Xiaomi Redmi A7
  • Huawei P30

Dari segi senarai yang dikeluarkan, dapat dilihat Samsung mengungguli fon paling banyak dengan jumlah 3 model yang disenaraikan sebagai 10 paling laris. Hatta, iPhone 11 juga turut tersenarai di tempat ke-5.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.