Kamera padu dalam Xiaomi Note 10

Memasuki 2020, saya masih belum boleh move on dengan Xiaomi Mi Note 10 dan susulan pemerhatian yang dilakukan, inilah ciri-ciri menarik yang anda patut tahu.

 

Xiaomi sering mencipta peranti yang berkualiti tinggi dari masa ke masa. Berbeza dengan rekaan model Xiaomi sebelum ini, Xiaomi Mi Note 10 menjadi model pertama di dunia yang dibekalkan dengan sensor 108MP (f/1.33). Sensor ini membuatkan banyak pihak tidak keruan. Mana tidaknya, ia berupaya menangkap imej dengan resolusi 12,032 x 9,204 piksel.

 

Selain daripada itu, Xiaomi Mi Note 10 turut diperkasakan dengan empat lagi lensa dengan keupayaan masing – masing iaitu 12MP (f/2.0)(Portrait) + 5MP (f/2.0)(Telephoto) + 20MP (f/2.2)(Ultra Wide Angle) + 2MP (f/1.75)(Macro). Antara ciri menarik pada kamera termasuk Dual OIS, 10x hybrid zoom, 50x digital zoom, Night mode 2.0, 960fps macro slow-motion video, 4K Ultra Wide Angle video dan vlog mode.

 

Sokongan kamera swafoto sebesar 32MP pada kamera delan dilihat mampu menjadi perintis swafoto yang sempurna. Ia mampu menghasilkan foto yang menakjubkan, terperinci dan menarik sekali membantu pengguna merakam foto terbaik. Lebih mengujakan, teknologi AI yang diketengahkan dilihat mampu menghasilkan gambar selfie lebih semula jadi dan sentiasa menjanjikan sisi yang terbaik.

Fungsi vlog pada ikon V seperti gambar di atas

Paling mengujakan dalam fon ini, vlog mode. Ya, bagi yang seorang vlogger ataupun jika anda mahu merakam detik menarik misalnya ketika mengembara, vlog mode pasti bonus terbaik selepas membeli fon ini.

 

Buka saja pada aplikasi kamera, terdapat simbol ‘V’ yang menunjukkan mod tersebut.

 

Vlog membolehkan anda merakam kemudian suntingan dibuat secara automatik. Terdapat juga ciri di mana anda merakam secara terus dan setiap ‘scene’ dibahagikan dalam tempoh tiga saat.

 

Vlog mode ada ciri mengembara, makanan dan sebagainya jadi filter lebih mudah kerana ia sudah siap tersedia.

 

Butiran mengenai lima kamera, bahagian atas kamera 5MP. Kamera ini boleh membesarkan hibrid sehingga 10x.

 

Bukan itu sahaja, kamera ini boleh melakukan 50x zum digital.

 

Zum digital sehingga 50x

Melaporkan dari beberapa sumber, ini dapat meningkatkan rentang zum dan dikatakan menjadi julat zum yang paling kuat yang pernah ada.

 

Lensa 5MP ini dilengkapi dengan OIS dan aperture untuk menghasilkan gambar yang lebih baik.

 

Kamera ini membantu mendapatkan gambar yang baik dengan keadaan pencahayaan kurang baik.

 

Di kedudukan kedua selepas kamera 5MP merupakan kamera 12MP. Kamera 12MP ini sangat membantu dalam fotografi. Peminat fotografi akan mendapat gambar yang sangat baik dan semula jadi apabila menggunakan Mi Note 10 Pro ini.

 

Dengan kamera telefoto 2x 12MP kamera ini boleh menghasilkan foto potret yang kemas.

Ini boleh dibuat kerana kamera ini mempunyai panjang fokus 50mm.

 

Susunan ketiga adalah kamera dengan resolusi 108MP. Keputusan ‘snap’ dari lensa 108Mp mempunyai kualiti resolusi sehingga 9024 x 12032 piksel.

Gambar selfie pun cemerlang

Foto-foto dari kamera Mi Note 10 Pro boleh menghasilkan imej saiz papan iklan yang besar. Peranti ini mempunyai sensor 1 / 1.33 “.

 

Peranan sensor ini adalah untuk…

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.