Nubia Red Magic 3S akan dijual di Malaysia awal November ini dengan harga bermula RM2,299


Siri Nubia Red Magic bukan nama yang asing lagi dikalangan peranti yang memfokuskan pada permainan mudah alih. Sebelum ini Nubia telah melancarkan secara rasmi Red Magic 3S dan kini ia dikhabarkan akan memasuki pasaran Malaysia seawal November ini. Nubia Red Magic 3S dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855+, skrin AMOLED bersaiz 6.65-inch FHD+ bersama kadar segar semula 90Hz, pembesar suara stereo, kamera swafoto 16MP dan satu kamera utama 48MP F/1.7 yang menggunakan sensor Sony IMX586. Pada bahagian lain, peranti ini turut dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 27W, pilihan memori 8GB/12GB RAM, storan sehingga 256GB dan mempunyai UFS 3.0 untuk pemindahan data yang pantas. Menariknya dengan peranti ini, ia mempunyai sistem penyejukan yang telah dipertingkatkan dan mempunyai butang sesentuh dibahagian tepi sebagai fungsi pemicu sesentuh untuk anda bermain beberapa permainan, seperti PUBG atau Call of Duty tanpa menggunakan pemicu pihak ketiga. Harga jualan rasmi di Malaysia yang telah didedahkan oleh DirectD : 8GB + 128GB = RM2,29912GB + 256GB = RM2,899 The post Nubia Red Magic 3S akan dijual di Malaysia awal November ini dengan harga bermula RM2,299 appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.