OnePlus 7T Pro ditawarkan dengan harga RM3,399 di pasaran tempatan

Sebelum ini OnePlus telah melancarkan tiga peranti mercu terbaru mereka iaitu OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T Pro McLaren Edition. Dari segi rekaan, hanya OnePlus 7T sahaja yang mempunyai perbezaan paling ketara iaitu pada rekaan kamera utama yang berbentuk bulat.

Kini menerusi iklan yang dikeluarkan oleh penjual tempatan iaitu DirectD, telah perlihatkan harga jualan OnePlus 7T Pro dengan pilihan 8GB RAM dan 256GB storan yang berwarna biru sahaja dengan tawaran harga RM3,399.

Jika melihat dari harga yang ditawarkan, ia sedikit murah berbanding harga OnePlus 7 Pro 8GB/256GB RM3,699. OnePlus 7T Pro akan dijual bermula hari ini yang dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855+, paparan skrin 6.67″ QUAD HD+ dengan 90 Hz, bateri sebesar 4085mAh bersama pengecasan Warp Charge 30T, tri-kamera 48MP + 8MP + 16MP dan kamera pop-naik 16MP.

The post OnePlus 7T Pro ditawarkan dengan harga RM3,399 di pasaran tempatan appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.