Penyebaran berita palsu lagi banyak berbanding kes coronavirus

Penyebaran berita palsu terutama tentang isu serius seperti kesihatan sangat tidak sihat untuk negara ini.

Persatuan Pengguna Siber Prihatin (PEPA) menerusi kenyataan medianya berkata, penyebaran melalui Facebook dan WhatsApp ketika ini berada di tahap yang membimbangkan sehingga memerlukan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terpaksa campur tangan.

“PEPA mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan kedua-dua agensi tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan novel coronavirus yang berasal dari Wuhan, China namun selain isu penyebaran virus yang kini diatasi pihak berkuasa dengan efektif, timbul penyebaran berita-berita palsu yang berselerak di laman sosial.

Selain itu, PEPA memaklumkan, internet yang sepatunya memudahkan akses kepada platform penyampaian maklumat tepat dan pantas tidak seharusnya menjadi medan berita palsu mahupun fitnah.

“Meskipun ada beberapa perkara yang dikongsikan di internet dilakukan dilihat sekadar gurauan, namun audien yang membaca atau menonton maklumat itu belum tentu dapat membezakan realiti antara dua keadaan itu,” kata PEPA.

Katanya lagi, ia mengakibatkan terdapat penyebaran berita-berita atau gambar-gambar palsu yang disunting dan boleh memberi impak negatif kepada negara daripada pelbagai aspek termasuk menimbulkan keresahan masyarakat, kebencian dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan huru-hara.

“Adalah sangat penting masyarakat kini mampu mempertimbangkan antara perkara yang betul dan salah supaya penyebaran berita palsu dapat ditangani secara menyeluruh. Orang ramai boleh membantu menghentikan penyebaran berita palsu dengan memeriksa sumber sesuatu berita terlebih dahulu,” jelas PEPA.

Banyak berita yang dikongsi di media sosial mesti disahkan terlebih dahulu dan cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan memeriksa sumber asalnya.

Ia adalah tanggungjawab semua orang untuk berfikir dan memeriksa sebelum menghantar sesuatu. Sentiasa ingat bahawa apa sahaja yang anda hantar menjadi tanggungjawab anda.

Ketika ini, mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh didenda hingga RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

PEPA yang juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan pengguna internet yang ditubuhkan tahun lepas telah melancarkan kempen Yelahtu menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam usaha mendidik rakyat Malaysia untuk menilai sesuatu menyebarkan di internet. Anda boleh mengikut kami di akaun seperti di bawah:

Twitter: https://twitter.com/YeLahTu_MY
Facebook: https://www.facebook.com/YelahtuMY/
Instagram: https://instagram.com/yelahtu_my

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.