Poco X2 dilancar, perbezaannya dengan Realme X2

Poco di bawah Xiaomi melancarkan Poco X2 yang dipasang dengan Qualcomm Snapdragon 730G bersama grafik Adreno 618.

Ia bermakna anda akan memperoleh 120Hz bagi skrin yang laju dan sesuai untuk kebanyakan game aksi seperti Mobile Legends, Calls of Duty atau PUBG Mobile pada fon ini.

Poco X2 yang dipacu penyejukan LiquidCool juga akan menerima RAM sehingga 8GB dengan kadar storan 256GB pada UFS 2.1.

Bagi kamera pula, ia mempunyai kamera beresolusi keseluruhan 64 megapiksel ditambah lensa 2 megapiksel makro dan 8 megapiksel untuk ultra lebar di samping 2 megapiksel untuk depth.

Manakala kamera depan akan menggunakan lensa 20 megapiksel sebagai kamera utama dan 2 megapiksel untuk kamera kedua.

Poco X2 juga akan menggunakan mod VLOG yang pertama kali diperkenalkan pada Mi Note 10 Pro yang sesuai kepada kami Instagram atau YouTube sekiranya anda mahu suntingan video pantas dan mudah guna.

Ia akan menggunakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W yang disertakan sekai dalam kotak.

Poco X2 juga mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti dan teknologi P2i Splash-Proof disebabkan fon ini tidak menyokong  format kalis air.

Poco X2 akan dijual bermula 11 Februari ini di luar negara dulu pada harga bermula pada anggaran RM800.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.