Qualcomm mengumumkan cip pemproses Snapdragon 865 dan Snapdragon 765

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Qualcom mengumumkan cip pemproses mercu terbaharu mereka dan tahun ini Qualcomm mengumumkan pengganti kepada Snapdragon 855+ iaitu Snapdragon 865 yang terbaharu tanpa integrasi 5G dan akan menggunakan sistem modem 5G Snapdragon X55.

Sudah tentu juga Snapdragon 865 kali ini akan memberi lebih kuasa berbanding Snapdragon 855+ sebelum ini. Malahan maklumat penuh tentang cip pemproses ini juga masih belum dikongsikan sepenuhnya.

Disamping itu, Qualcomm juga turut mengumumkan cip pemproses kelas pertengahan iaitu Snapdragon 765 dan 765G yang diintegrasikan bersama rangkaian 5G. Dan seperti biasa, tahun hadapan kita bakal diperlihatkan dengan pelbagai jenama dan peranti yang bakal menggunakan cip pemproses berteraskan rangkaian 5G. Antaranya adalah Nokia, realme, OPPO, Motorola, Lenovo dan Xiaomi.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.