Realme 5s akan dilancarkan di Malaysia minggu ini – Empat kamera 48MP dan Snapdragon 665

Realme adalah sub-jenama dari OPPO yang sedang meningkat naik di Malaysia. Baru-baru ini realme telah melancarkan realme X2 Pro, peranti mercu pembunuh terbaharu mereka. Dan kini realme bakal perkenalkan peranti kelas pertengahan iaitu realme 5s.

Beberapa minggu ini realme menerusi media sosial mereka juga turut kongsikan beberapa butiran tentang spesifikasi realme 5s yang bakal dilancarkan pada 12 Disember ini (khamis). Antara yang dikongsikan adalah ia akan dilengkapi dengan empat kamera 48MP.

Selain pada itu, realme 5s juga akan turut dijana dengan cip pemproses Snapdragon 665, skrin bersaiz 6.5-inci resolusi 720 x 1600 piksel, bateri sebesar 5000mAh, memori 4GB RAM dan storan 64GB/128GB.

Buat masa ini harga jualan tidak dapat dipastikan lagi. Namun saya menjangkakan harga jualan rasmi realme 5s di Malaysia dalam lingkungan harga realme 5 memandangkan ia adalah peranti kelas pertengahan.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.