Redmi K30 kini rasmi – Fon kelas pertengahan yang cukup berkuasa!

Segala persoalan telahpun terjawab dan kini Redmi telahpun melancarkan peranti terbaru mereka yang terdapat dua variasi iaitu Redmi K30 dan K30 5G. Kedua-dua peranti ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama.

Redmi K30 5G

Redmi K30 5G adalah fon yang pertama dijana dengan kuasa Snapdragon 765G, iaitu cip pemproses kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G. Mempunyai memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Turut dilengkapi dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 30W, skrin LCD bersaiz 6.67-inci (2400 x 1080) dengan paparan segar semula 120Hz, dwi-kamera swafoto 20MP + 2MP dan empat kamera utama 64MP + 8MP + 5MP + 2MP.

Redmi K30 4G

Variasi yang kedua adalah versi 4G yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730G dan hanya rangkaian 4G, tiada 5G. Rekaan yang digunakan dan spesifikasi lain adalah sama seperti Redmi K30 5G.

Namun dua lagi perbezaan yang diletakkan adalah kamera makro versi 4G bersaiz 2MP berbeza dengan versi 5G yang menggunakan 5MP makro. Manakala pengecasan yang digunakan adalah sepantas 27W sahaja, bukan 30W.

Harga

  • Redmi K30 4G :
  • 6GB/64GB = CNY 1,599 (~RM946)
  • 6GB/128GB = CNY 1,699 (~RM1,005)
  • 8GB/128GB = CNY 1,899 (~RM1,124)
  • 8GB/256GB = CNY 2,199 (~RM1,301)
  • Redmi K30 5G :
  • 6GB/64GB = CNY 1,999 (~RM1,183)
  • 6GB/128GB = CNY 2,299 (~RM1,360)
  • 8GB/128GB = CNY 2,599 (~RM1,537)
  • 8GB/256GB = CNY 2,899 (~RM1,715)

Redmi K30 4G akan mula dijual di pasaran China bermula 12 Disember ini. Manakala Redmi K30 5G akan mula dijual sekitar bulan Januari 2020. Namun tak dapat dipastikan bila ia akan memasuki pasaran tempatan dan saya menjangkakan versi Pro turut akan diperkenalkan kelak.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.