Samsung Exynos 990 telah diumumkan – Menyokong paparan 120Hz dan LDDR5

Syarikat terkemuka dari Korea iaitu Samsung hari ini telah mengumumkan cip pemproses terbaru mereka Exynos 990 yang memberi pelbagai pembaharuan berbanding cip pemproses Exynos 980 sebelum ini.

Namun cip pemproses ini tidak sedia pasang rangkaian 5G. Oleh itu, Samsung juga turut perkenalkan Exynos Modem 5123 khas untuk rangkaian 5G buat cip pemproses terbaru ini.

Dari segi keupayaan, Exynos 990 menyokong paparan segar semula 120Hz, mempunyai saiz 7nm dengan proses EUV yang akan memberi 20% lebih pantas dan kecekapan tenaga berbanding Exynos 9820 dan Exynos 9825.

Exynos 990 juga turut memberi sokongan satu kamera 108MP, dwi-kamera 24.8MP + 24.8MP, memori LDDR5 dan GPU ARM Mali-G77 MP11. Exynos 990 dijangka akan mula membuat pengeluaran pada penghujung tahun ini untuk persediaan Samsung Galaxy S11.

The post Samsung Exynos 990 telah diumumkan – Menyokong paparan 120Hz dan LDDR5 appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.