Sharp AQUOS Zero2 dilancarkan dengan paparan segar semula 240Hz

Pada bulan September lalu, terdapat laporan bahawa pengeluar peranti dari Jepun bakal mengeluarkan telefon pintar dengan paparan segar semula 240Hz iaitu dua kali ganda dari yang sedia ada sekarang ini (120Hz) dan menjadi yang pertama di dunia menggunakan paparan seumpama itu.

Dan kini syarikat itu sendiri iaitu Sharp, telahpun melancarkan Sharp AQUOS Zero2 di Taiwan hari ini yang hadir dengan paparan segar semula 240Hz. Namun ia belum boleh dibeli lagi buat masa ini kerana ia bakal dijual sekitar awal tahun 2020 nanti di Jepun.

AQUOS Zero2 dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.4-inci, dijana dengan kuasa Snapdragon 855, memori 8GB dan storan 256GB UFS 3.0, pengimbas cap jari di skrin, bateri sebesar 3130mAh, kamera swafoto 8MP dan dwi-kamera utama 12MP f/1.7 dan 20MP f/2.4 sudut lebar.

Peranti ini juga akan didatangkan dengan sistem operasi Android 10 bersama dua pilihan warna iaitu Astro Black dan Misty White. Namun harga jualan masih belum didedahkan lagi buat masa ini. Yang menjadi persoalannya. Dengan paparan 240Hz, apa yang anda mahu lakukan? Bahkan 120Hz sudah cukup baik.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.