Tahap kesukaran untuk baikpulih Google Pixel 4 adalah tinggi

Umum sedia maklum bahawa siri Google Pixel 4 telahpun dilancarkan pada 15 Oktober yang lalu. Dalam pada itu, pakar membuka peranti iaitu iFixit telahpun membuka Google Pixel 4 XL untuk menunjukkan komponen dalam dan tahap kesukaran membuka peranti ini.

Hasilnya, iFixit mendapati bahawa Pixel 4 XL mempunyai kesukaran untuk dibuka dengan skor 4 daripada 10 (lagi besar jumlah skor, lebih mudah untuk dibuka). Skor yang diperolehi pada Pixel 4 XL adalah sama seperti Pixel 3 XL. Namun menurut iFixit, Pixel 3 XL mudah sedikit berbanding Pixel 4 XL.

Kesukaran ini adalah kerana gam yang digunakan untuk kalis air iaitu penarafan IP68 yang melibatkan kaca dan badan. Apabila ia perlu dibuka, berisiko tinggi untuk kaca itu pecah kerana gam yang banyak dan kuat. Malah bahagian skrin juga agak sukar untuk dibuka.

Menariknya lagi, panel skrin OLED yang digunakan pada Pixel 4 XL yang mempunyai paparan segar semula 90Hz adalah dari Samsung walaupun tiada satupun telefon pintar Samsung yang menggunakan paparan 90Hz.

(Sumber)

The post Tahap kesukaran untuk baikpulih Google Pixel 4 adalah tinggi appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.