TERKINI: Malaysia ada kes coronavirus, cara tanganinya & kronologi jangkitan

Malaysia kini sah mempunyai kes coronavirus melalui tiga warga China yang didapati positif virus tersebut.

Tiga warga China tersebut memasuki negara ini melalui Johor Bharu disahkan positif novel coronavirus. Mereka adalah ahli keluarga terdekat dgn kes pertama yg berlaku Singapura.

Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil.

Tiga yang positif itu adalah isteri kepada kes pertama di Singapura berumur 66 tahun dan dua cucu mereka berusia 11 dan 2 tahun.

Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang peka terhadap coronavirus ini berjaya mengesan mereka selepas mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan Singapura dan menjalankan ujian pengesanan semula.

Sampel klinikal dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan Sungai Buloh dan disahkan positif lewat malam tadi.

Sementara itu, Singapura mencatat pertambahan dua lagi kes iaitu lelaki 37 tahun yang juga anak kpd kes pertama.

Manakala seorang lagi wanita 53 tahun dari Wuhan yg tiba di negara itu pada 21 Jan 2020.

Bagaimanapun keadaan di Malaysia masih lagi terkawal dan bukan pandemik seperti yang berlaku di China.

Manakala seseorang yang mengalami gejala penyakit respiratori akut dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Wuhan, dinasihatkan supaya pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan.

Malaysia menyertai negara-negara berikut yang mempunyai kes coronavirus:

– China

– Amerika Syarikat

– Perancis

– Jepun

– Korea Selatan

– Taiwan

– Singapura

– Thailand

– Australia

– Nepal

– Vietnam

– Hong Kong

– Macau

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.