Touch ‘n Go eWallet tawar 8 Proton X70, 80 motosikal dan bukan itu saja…ada 400…
| |Terima kasih kepada inisiatif e-Tunai Rakyat, rakyat Malaysia kini boleh menuntut RM30 untuk memulakan kehidupan sebagai rakyat digital di negara ini.
Lebih menarik, sebagai tambahan kepada tuntutan RM30 tersebut, semua pengguna kini dapat menikmati hadiah yang lebih besar dengan kempen Touch ‘n Go eWallet yang bermula sekarang iaitu ‘Big 2 Million Weekly Draw. ‘
Sepanjang tempoh kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah bernilai RM2 juta!
Ia termasuk lapan Proton X70, 80 unit motosikal Yamaha Ego Solariz, 80 unit fon Huawei P30 (256GB) dan 400 unit fon vivo V15 setiap minggu dalam tempoh kempen lapan minggu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata ‘Big 2 Million Weekly Draw’ adalah kempen Touch ‘n Go kempen terbesar dan paling menguntungkan pengguna eWallet.
“Kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah masyarakat tanpa tunai dengan inisiatif e-Tunai Rakyat dan kami teruskan manfaat ini sebagai cara kami dapat memacu lebih banyak rakyat menggunakan e-wallet sebagai kebiasaan dalam kehidupan mereka seharian,” katanya.
“Pengguna kini mempunyai lebih dari 125,000 cara untuk menggunakan hadiah eWallet dan hadiah bernilai RM2 juta untuk dimenangi. Jelas, Touch ‘n Go eWallet adalah e-wallet yang paling mudah dan bermanfaat di Malaysia,” katanya.
Sejak pelaksanaan e-Tunai Rakyat seminggu yang lalu, Touch ‘n Go eWallet telah melihat pertumbuhan yang besar sebanyak 10x untuk penggunaan dalam aplikasi.
Thanks for the useful information on credit repair on your web-site. The thing I would offer as advice to people will be to give up a mentality that they’ll buy right now and pay out later. As a society all of us tend to do that for many things. This includes holidays, furniture, as well as items we would like. However, you have to separate your own wants from all the needs. When you are working to improve your credit rating score you have to make some sacrifices. For example you are able to shop online to save money or you can turn to second hand shops instead of costly department stores with regard to clothing.