Untung Apple tertinggi dalam sejarah!

Apple mencatatkan pendapatan RM375 bilion pada tiga bulan terakhir 2019 yang juga rekod tertinggi syarikat sejak ia ditubuhkan.

Ia peningkatan 9 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya manakala jualan di luar Amerika Syarikat menyumbang 61 peratus daripada pendapatan suku tersebut.

“Kami sangat gembira untuk melaporkan pendapatan suku tahunan tertinggi Apple yang didorong oleh permintaan kukuh untuk model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro kami serta rekod sepanjang masa untuk jualan perkhidmatan dan peranti boleh pakai ‘wearable’,” kata Tim Cook, CEO Apple.

“Ketika musim cuti lalu, peranti boleh pakai kami yang aktif berkembang di setiap muka bumi dan kini telah mencapai lebih 1.5 bilion. Ia bukti kukuh kepuasan, keterlibatan dan kesetiaan pelanggan kami.”

 

 

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.