vivo sedia lancar telefon masa depan hujung Februari ini

Vivo baru-baru ini mengumumkan akan memperkenalkan model-model fon terbaru siri APEX yang dinantikan pada Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 pada 23 Februari nanti di Barcelona, Sepanyol.

Siri APEX dikenali sebagai barisan telefon konsep yang mempunyai reka bentuk kurang bezel, nisbah skrin tinggi, kamera inovatif, kamera selfie yang slide ke atas dan sebagainya.

Dipercayai vivo APEX 2020 akan memaparkan reka bentuk tanpa bezel dan nisbah skrin-badan yang sangat minimum. Peranti ini akan menggunakan sensor cap jari dalam paparan jenis ‘waterdrop’ sama seperti vivo NEX 3. Walaupun peranti mungkin mengekalkan reka bentuk kamera pop timbul atau memaparkan kamera bawah skrin.

Vivo APEX 2020 juga dijangka memperluas kawasan pengenalan cap jari pada skrin secara keseluruhannya manakala kadar sensitivity dan ketepatan akan meningkat dengan ketara.

Dari segi daya tahan, vivo APEX 2020 harus dilengkapi dengan pengecasan magnetic dan pengecasan tanpa wayar dikuasakan oleh Snapdragon terbaru Qualcomm 865.

Platform Qualcomm Snapdragon 865 terbaru menawarkan canggih prestasi, grafik yang lebih baik, peningkatan dalam prestasi CPU dan penyambungan 5G yang mantap.

Setakat ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep fon masa depan ini.

 

 

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.