Xiaomi bakal mengeluarkan lebih 10 model peranti yang mempunyai sokongan 5G pada tahun 2020


Tahun ini dilihat adalah sebagai tahun permulaan untuk peranti dengan sambungan 5G. Pada suku ke-3 hingga ke-4 tahun ini, pelbagai jenis model peranti yang telah dilancarkan dengan sokongan 5G. Kebanyakannya adalah syarikat pengeluar dari China. Xiaomi juga tidak terkecuali. Sebelum ini Xiaomi telah memperkenalkan Mi 9 Pro 5G dan Mi MIX 3 5G. Kini menerusi laporan terbaru, CEO Xiaomi telah mengumumkan bahawa syarikat itu bakal memperkenalkan lebih 10 model peranti yang akan menyokong sambungan 5G pada tahun hadapan. Pada tahun hadapan juga kita akan diperlihatkan dengan lebih banyak peranti dengan sokongan 5G yang bukan dari Xiaomi sahaja, malah dari pengeluar lain juga. Yang pasti perlawanan tawaran harga pasti akan berlaku antara pengeluar China untuk memasarkan peranti 5G mereka. (Sumber) The post Xiaomi bakal mengeluarkan lebih 10 model peranti yang mempunyai sokongan 5G pada tahun 2020 appeared first on TheSkop.

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.