2 Gol Klinikal Daripada Odion Ighalo Pastikan Man Utd Ke Suku Akhir Piala FA

Odion Ighalo menegaskan: “Saya tidak peduli apa orang lain nak cakap.” mengenai perpindahan luar jangka dirinya ke Old Trafford selepas dua gol jaringannya memastikan kemaraan Manchester United ke suku akhir Piala FA pada awal pagi tadi.

Tiba pada jendela perpindahan Januari lalu, pemain antarabangsa Nigeria ini membuktikan perpindahan beliau ke England sebagai satu perpindahan yang berbaloi dan bijak dari United.

Kemenangan ini memastikan pertemuan menentang Norwich City pada bulan hadapan.

Penyerang berusia 30 tahun ini kini telah menjaringkan tiga gol hanya dari dua penampilan dari kesebelasan utama dan membayangi ‘reunion’ Wayne Rooney bersama bekas kelabnya itu di Pride Park.

“Asalkan rakan sepasukan saya terus mempercayai saya, pengurus mempercayai saya dan penyokong turut mempercayai saya, maka saya akan teruskan apa yang saya sedang lakukan,” kata Ighalo.

Nama Rooney dilaung-laungkan oleh ribuan penyokong pasukan pelawat sebagai penghormatan.

Dan bekas kapten United itu yang kini memimpin The Rams hampir menjaringkan gol melalui dua sepakan percuma bermutu tinggi.

Namun dari saat percubaan terbias bek kiri, Luke Shaw berjaya meletakkan psukannya di hadapan, ianya semakin jelas bahawa Manchester United akan melangkah ke suku akhir.

United pernah muncul juara sebanyak 12 kali dalam pertandingan ini. Hanya Arsenal yang memiliki lebih banyak kejuaraan Piala FA berbanding United dengann 13 kejuaraan.

Derby County pila telah beraksi sehingga pusingan kelima sebanyak enam kali sejak 1999, dan gagal melayakkan diri ke suku akhir setiap kali berjaya mara sejauh ini.

 

Source link
2 Gol Klinikal Daripada Odion Ighalo Pastikan Man Utd Ke Suku Akhir Piala FA

Add a Comment

Your email address will not be published.