30 Teka-Teki Zaman Sekolah Rendah Dengan Jawapan Still Releven Betul


1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.2. Sebab apa siput babi jalan lambat?Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.3. Sukan apa selepas main kita tabik?Jawapan : Golf4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?Jawapan : Kuching, Sarawak.6. Kuda apa yang tiada kaki?Jawapan : Kuda kepang7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.Jawapan : Stokin8. Binatang apa yang kurang ajar?Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.9. Ikan apa yang paling rajin?Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.10. Pokok apa yang suka berkahwin?Jawapan : Pokok pinang, bagai buah pinang dibelah dua.11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?Jawapan : Buah Melaka12. Binatang apa yang selalu penat?Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?Jawapan : Teksi14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?Jawapan : Bunga tayar15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spenderJawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?Jawapan : Patah balik17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?Jawapan : Donut, Kuih keria18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?Jawapan : Penguin19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?Jawapan : Ayam jadi banyak20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?Jawapan : Kereta kabel21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?Jawapan : Udang iaitu U dan G22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?Jawapan : Baju23. Permainan apa yang paling berat sekaliJawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?Jawapan : Reket badminton25. Bom apakah tidak boleh meletup?Jawapan : Bomba26. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?Jawapan : Stone Cold27. Tulang kalau dibuang T jadi apa?Jawapan : Ulang – Tulang Kalau Dibuang T Jadi Apa?28. Dia lembu, tapi bukan lembu…Jawapan : Gambar lembu29. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?Jawapan : Uganda 30.  Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?Jawapan : Ubat nyamukSekian

Add a Comment

Your email address will not be published.