7 Sebab Seseorang Itu Cepat Letih, Ada Sesuatu Yang Kurang Dalam Badan Betul


Selalu letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.Sebab 1: Kekurangan darah Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.Teruskan Selongkar

Add a Comment

Your email address will not be published.