8 Langkah Lengkap Cara Daftar Maybank2u 2019 Secara Online


Cara buat Akaun Maybank2u Secara Dalam TalianLangkah 1Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u onlinanda perlu ke website maybank2u.com.my terlebih dahulu.Sila klik sini untuk ke website maybank2u online.Sila rujuk gambar dibawah untuk penerangan atau paparan yang lebih jelas.Sila ke menu “Register Now”seperti dalam bulatan.Langkah 2Seterusnya anda akan dibawa ke paparan berikut:Langkah 3Pada tahap ini anda perlu: Masukkan nombor kad atm/debit anda. Kad ini mempunyai 12 nombor. Masukkan 12 angka tadi secara berterusan (sila rujuk paparan dibawah).Masukkan nombor pin 6 angka (nombor pin adalah sama dengan nombor pin kad ATM/Debit anda ). Langkah 4Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti berikut. Dalam paparan ini, anda diminta untuk memasukkan:Username: (Nama Pengguna) Contoh – gagakhitam88Password: Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)Confirm Password: Masukkan sekali lagi password yang sama ( Contoh: Abu142@!0 )E-Mail: (Email anda) Contoh: ahmad94@gmail.comTAC:  Nombor TacPenting: Sila klik “Request For TAC”. Selepas itu nombor TAC akan dikirim ke mesej telefon bimbit anda. Masukkan nombor TAC 6 digit tersebut ke ruangan “TAC”.Selesai mengisi maklumat diatas, sila klik butang “Next”. Langkah 5Dalam paparan ini, anda diminta untuk:Image: Memasukkan gambar bagi tujuan keselamatan.Security phrase: Perkataan bagi tujuan keselamatan-Apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem.Memorable Question: Kemudian anda perlu memilih 3 soalan dan menjawab soalan tersebut. Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.Langkah 6Setelah pemilihan gambar,security phrase dan menjawab kesemua soalan, sila klik butang “Done”.Langkah 7Kemudian, anda akan di bawa ke paparan seperti berikut. “Successful” bermaksud anda telah berjaya membuat akaun maybank2u.Langkah 8Sekarang anda boleh login ke akaun maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan “Password” yang telah anda masukkan dalam langkah 4 diatas.Cara login Ke Akaun Maybank2uSetelah selesai proses membuat akaun maybank2u anda. Anda perlulah “pandu uji” akaun anda.Langkah 1Sila ke laman web maybank2u.com.my.Langkah 2Kemudian klik menu “Login”.Langkah 3Masukkan “Username” anda.Langkah 4Apabila anda dibawa ke paparan berikut, pastikan gambar yang terpapar serta “phrase” adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u tadi).Langkah 5Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u. Kini anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.Penting: Anda haruslah menyimpan atau merekodkan semua maklumat seperti kata pengguna, kata laluan, gambar,  nombor dan soalan keselamatan serta email yang anda gunakan semasa proses pendaftaran untuk rujukan pada masa akan datang.Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan segala maklumat ini kepada pihak luar bagi mengelakkan daripada akaun maybank2u anda dicerobohi.Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses mendaftar akaun maybank2u, langkah terakhir adalah dengan menghubungi maybank careline pada talian berikut: Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)+603-7844 3696 (Overseas) dan ajukan masalah anda.Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.Bacaan tambahan: Aktifkan Debit Kad Maybank anda untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online. Penting bagi anda yang merancang untuk melancong ke luar negara agar kad anda boleh digunakan disana.kredit : Infosantai

Add a Comment

Your email address will not be published.