Alphoso Davies, Remaja 19 Tahun Dari Kanada Yang Huru-Harakan Stamford Bridge

Alphonso Davies pemain pertahanan berusia 19 tahun mencuri tumpuan dengan larian derasnya untuk memberikan masalah kepada Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada awal pagi tadi.

Bayern Munich menewaskan Chelsea 3-0 hasil dua gol jaringan Serge Gnabry dan satu gol oleh Robert Lewandoski di Stamford Bridge.

Selain daripada dua gol oleh Gnabry. kelibat pemain antarabangsa Kanada itu tidak ketinggalan daripada menjadi sebutan ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Alphonso Davies dari Edmonton

Davies berasal dari Edmonton, Kanada. Kedua-dua ibu dan bapa kepada Davies melarikan diri dari Liberia ke ketika perang saudara.

Davies sendiri dilahirkan di kem pelarian di Ghana sebelum bersama kedua orang tuanya berhijrah ke Kanada pada usia 5 tahun.

Bakat beliau dikesan oleh Bayern di usia remaja ketika Davies beraksi bersama Vancouver White Caps FC – kelab Kanada yang beraksi di Major League Soccer (MLS).

Musim lalu, beliau segera dipancing oleh Bayern dan muai beraksi bersama feeder team kelab Bavarian itu, Bayern Munich II.

Debut bersama skuad senior Bayern Munich pula tiba pada 27 Januari tahun lalu, dan sejak daripada itu telah tampil dalam lebih 25 perlawanan untuk juara Jerman tersebut.

Analisis menentang Chelsea

Ia adalah persembahan yang penuh dominasi daripada Davies dalam perlawanan menentang Chelsea.

Beliau bertahan dengan sempurna, dan melakukan hantaran serta larian ke hadapan dengan penuh meyakinkan.

Statistik beliau di bawah cukup untuk menjelaskan keberkesanan Davies ketika melakukan tugas bertahan.

Berjaya melakukan 6 daripada 7 take-ons turut menjelaskan ancaman yang mampu dilakukan ketika serangan.

Bola sepak pada hari ini sememangnya memerlukan pemain seperti Davies – bek sayap yang mampu bertahan dengan baik dan mampu melakukan tugas membantu serangan.

Kepentingan full back

Satu gol dan enam bantuan gol dari 23 penampilan di Bundesliga dan Champions League mengingatkan kita bagaimana Liverpool membangunkan pemain seperti Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson.

Bayern Munich sendiri melihat betapa efektifnya kedua-dua bek sayap itu di Allianz Arena bersama Liverpool di pusingan dan pertandingan yang sama pada musim lalu.

Secara keseluruhan masih terdapat elemen yang ditinggalkan oleh Pep Guardiola dalam permainan Bayern Muncih – hantaran pendek dengan gerakan bola yang pantas.

Dan kini Bayern tampil lebih versatile dengan pemain seperti Davies.

Masih awal untuk menyamakan impak oleh Davies kepada apa yang dilakukan oleh Robertson atau Alexader-Arnold. Tetapi pada usia 19 tahun, pemain ini menampakkan potensi mampu pergi lebih jauh.

Β 

Source link
Alphoso Davies, Remaja 19 Tahun Dari Kanada Yang Huru-Harakan Stamford Bridge

Add a Comment

Your email address will not be published.