‘Alternating False 9’ Guardiola Kejutkan Real Madrid

Skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City bangkit pada lewat perlawanan melalui gol jaringan Gabriel Jesus dan Kevin de Bruyne untuk menewaskan Real Madrid 2-1 di Satntiago Bernabeu pada awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut bermakna City memperolehi kelebihan bermakna menjelang perlawanan timbal balik perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Champions League pada dua minggu akan datang.

Selepas bermula agak baik pada babak pertama, City bagaimanapun ketinggalan pada minit ke-60 perlawanan selepas kekeliruan diantara Rodri dan Nicolas Otamendi diperdaya Vinicius Junior.

Pemain muda dari Brazil itu kemudiannya menghantar bola rendah kepada Isco untuk disempurnakan dengan mudah.

Real Madrid berpeluang menggandakan kelebihan selepas itu tetapi percubaan Sergio Ramos melambung tinggi.

City akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui Gabriel Jesus yang menanduk masuk bola 12 minit sebelum masa perlawanan sebenar tamat.

Ia adalah persembahan yang amat baik dari City dalam perlawanan ini mengambil kira ianya diadakan di tempat lawan.

Keadaan semakin memihak kepada anak buah Pep Guardiola selepas Raheem Sterling yang dimasukkan sebagai pemain gantian dijatuhkan pertahanan Madrid.

De Bruyne tenang memastikan City membawa balik kelebihan berharga dari aksi ini.

Keadaan bertambah malang buat Real Madrid selepas kapten pasukan Sergio Ramos dilayangkan kad merah kerana profesional foul.

Ramos bersalah kerana menarik sehingga terjatuh Gabriel Jesus yang sedang melakukan larian ke arah gol. Ramos adalah pemain pertahanan terakhir pada ketika itu.

Ini adalah kali pertama City menewaskan Real Madrid di pertandingan Champions League. Kemenangan ini juga bermakna City mempunyai kelebihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

‘Alternating False 9’ Guardiola

Pep Guardiola sememangnya dikenali sebagai pengurus yang mempunyai inovatif luar biasa dalam taktikal bola sepak.

Dalam perlawanan menentang Real Madrid, beliau melakukan satu ‘tactical twitch’ luar dari kebiasaan untuk mengejutkan Zinedine Zidane dan Real Madrid.

Jika anda biasa menyaksikan perlawanan membabitkan City, senarai pemain kesebelasan utama City sudah cukup membuatkan ramai tertanya-tanya.

Untuk perlawanan sebesar ini, Guardiola meletakkan Sterling, Sergio Aguero, David Silva dan Fernandinho di bangku simpanan.

Sebaliknya, barisan tiga pemain hadapan dianggotai oleh Gabriel Jesus, De Bryune dan Bernardo Silva.

Lebih menarik, Jesus yang kebiasaannya yang kita ketahui ketika bersama City dan Brazil adalah seorang penyerang No.9.

Bersama-sama De Bruyne dan Bernardo Silva, Jesus beraksi sebagai pemain sayap kiri. De Bruyne dan Silva pula dijadikan False No.9 secara bersilih ganti (alternating False 9).

Formasi ini menyebabkan pertahanan Real sukar untuk mengawal gerakan pemain serangan City.

Game management Guardiola

Walaupun jaringan City tidak berlaku pada transisi ini, ia cukup untuk membuatkan pertahanan Real keletihan.

Minit ke-73 perlawanan, Guardiola memasukkan Sterling untuk Bernardo Silva. Dan hasilnya adalah jaringan klasik dari Jesus melalui tandukan.

Larian Sterling kemudiannya menghasilkan sepakan penalti yang membawa kemenangan buat City.

Tidak cukup dengan itu, Real Madrid, terutama Ramos hilang fokus apabila melakukan profesional foul pada saat perlawanan semakin getir, dan perlawanan timbal balik nanti memerlukan City di tahap terbaik.

Rumusan

Apa-apa pun City dan Real Madrid masih mempunyai baki 90 minituntuk dihadapi di Etihad pada dua minggu akan datang.

Buat masa ini, City membawa kelebihan jaringan dari tempat lawan beserta kelebihan satu gol, dan juga pelawanan yang akan diadakan di hadapan penyokong mereka sendiri.

 

Source link
‘Alternating False 9’ Guardiola Kejutkan Real Madrid

Add a Comment

Your email address will not be published.