'Amik kat hospital je free' – Ajar orang rembat sanitizer hospital, budak Twitter ni dikecam teruk oleh netizen


Lagi 110 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan 900 kes di Malaysia.

Semenjak wabak Covid-19 menyerang Malaysia, produk seperti sanitizer, topeng muka dan yang lain-lain menjadi rebutan ramai yang membuat pembelian panik sehingga menyebabkan kehabisan stok. 

Dalam masa yang sama, ada individu yang mengambil kesempatan dengan merembat sanitizer yang disediakan oleh pihak klinik/hospital. 

Seorang pengguna Twitter dengan selamba memuat naik gambar dengan kapsyen “Amik kat hospital je free”. Akibatnya, ramai yang mengecamnya kerana perbuatannya itu jelas sekali mencuri harta hospital. 

Menurut seorang kakitangan perubatan, wadnya kini mengalami kekurangan sanitizer dan topeng muka kerana banyak diambil oleh pelawat.

REAKSI NETIZEN

Walau terdesak bagaimana sekalipun, usahlah mencuri barang-barang klinik/hospital. Perbuatan seperti itu bukannya membantu, tetapi mengeruhkan lagi keadaan. 

Sebaik-baiknya, dapatkan barangan seumpama itu secara halal agar tidak menyesal di kemudian hari. 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.