Analisis: Selepas 18 Gelaran, Minamino Mungkin Kunci Kejuaraan Liga Ke-19 Liverpool

Perkara pertama yag kita harus sedar, ini adalah skuad terbaik yang Liverpool pernah miliki sejak lebih 30 tahun yang lalu

Ini bermakna Liverpool boleh dianggap sebagai serba serbi lengkap. Namun ini tidak bermakna tiada ruang untuk penambahbaikan.

Dengan skuad yang sama, Liverpool muncul naib juara EPL pada musim lalu – dipisahan dengan hanya satu mata.

Liverpool tidak berbelanja untuk skuad utama mereka pada musim panas yang lalu. Ini bermakna keberadaan Minamino adalah satu nilai tambah baharu buat Liverpool.

Separuh pertama musim, Liverpool beraksi dengan amat baik sekali. Tetapi kejuaraan liga tidak pernah dimenangi pada Disember.

Kita imbas sekali bagaimana era Sir Alex Ferguson dan Manchester United. Membawa masuk pemain baharu pada Januari sebenarnya bukan cara United.

Tetapi tidak bermakna mereka tidak pernah melakukannya kerana itulah yang diperlukan demi memastikan kejuaraan.

Misalnya pada musim 2005/06 adalah musim transisi United di bawah kendalian Sir Alex.

Roy Keane telah meninggalkan Old Trafford, diikuti oleh beberapa nama lain yang sinonim di dalam skuad seperti Phil Neville, Ben Foster.

United masih mempunyai skuad yang baik, namun tidak seimbang pada ketika itu. Dua pemain yang dibawa masuk adalah Patrice Evra dan Nemanja Vidic pada Januari 2006.

Walaupun United muncul naib juara kepada Chelsea pada ketika itu, Sir Alex berjaya mengelakkan diri dari senario lebih teruk selepas mengakhiri musim satu mata di atas Liverpool.

Musim berikutnya, bertunjangkan kepada kedua-dua pemain di bahagian pertahanan, United muncul juara.

Begitu juga dengan ketibaan Henrik Larson pada Januari 2007. Pemain ini memberikan dimensi berbeza kepada skuad United untuk muncul juara EPL pada musim 2016/17.

Artikel ini bukan untuk melakukan perbandingan. Namun memetik senario Sir Alex dan Manchester United adalah sebahagian daripada kajian kes kepada apa yang perlu dilakukan Liverpool.

Berbalik kepada perkara sebenar, apa yang Minamino boleh berikan kepada Klopp dan Liverpool?

Versatiliti Minamino untuk beraksi di beberapa posisi berbeza akan menjadi satu kelebihan buat Klopp.

Lima gol dan enam bantuan gol untuk RB Salzburg dari 11 penampilan setakat ini, dan 11 gol dari 22 penampilan untuk Jepun adalah rekod yang sangat baik.

Seperti bola sepak yang diamalkan oleh Klopp di Liverpool, Minamino juga adalah pemain yang dibina oleh Salzburg untuk sentiasa proaktif dalam permainan, sentiasa melakukan high pressing dan counter pressing.

Pendek kata, Minamino adalah pemain lengkap yang diperlukan oleh Klopp, sesuai dengan DNA permainn Liverpool.

Tatkala separuh kedua musim akan menyaksikan Liverpool akan beraksi di pusingan kalah mati Champions League, dan pertandingan Piala FA, Minamino dipercayai mampu menyesuaikan diri dengan segera di Liverpool.

Matlamat utama sudah tentu untuk mempertahankan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris (EPL, agar tidak kempunan sekali lagi selepas mendahului selesa pada Krismas.

Tidak keterlaluan jika kita katakan pembelian Minamino adalah demi memastikan Liverpool mampu bergelar juara liga pada musim ini.

Malah saya percaya perjanjian membawa Minamino ke Anfield diantara Liverpoo dan RB Salzburg sudah dipersetujui sebelum kedua-dua pasukan berhadapan satu sama lain di Anfield tempoh hari.

Selepas 18 gelaran selama ini, Minamino mungkin jawapan kepada gelaran juara liga ke-19 yang Liverpool telah nantikan selama 30 tahun ini.

Source link
Analisis: Selepas 18 Gelaran, Minamino Mungkin Kunci Kejuaraan Liga Ke-19 Liverpool

Add a Comment

Your email address will not be published.