Aplikasi Apple TV Mula Ditawarkan Pada Televisyen Pintar LG 2019


Tahun lalu sokongan AirPlay 2 mula diberikan kepada televisyen pintar yang dikeluarkan oleh Samsung dan LG. Ini dilihat sebagai usaha Apple untuk meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan penstriman Apple TV+ mereka. Hari ini LG akhirnya mengumumkan aplikasi Apple TV rasmi boleh dimuat turun pada televisyen pintar tahun 2019 mereka.

Televisyen pintar yang disokong adalah dari siri OLED, NanoCell (siri SM9X dan SM8X) UHD (siri UM7X dan UM6X). Sekiranya anda menggunakan televisyen pintar LG dari tahun 2018 pula, aplikasi Apple TV akan diberikan menjelang penghujung 2020. Menerusi aplikasi Apple TV, pengguna boleh mengakses video yang telah dibeli dan juga menstrim kandungan Apple TV+.



Aplikasi Apple TV Mula Ditawarkan Pada Televisyen Pintar LG 2019

Add a Comment

Your email address will not be published.