Apple Mengatakan Bekalan iPhone Terjejas Sementara Disebabkan Oleh Koronavirus


Apple hari ini telah mengeluarkan notis, mengatakan bekalan iPhone diseluruh dunia mungkin terjejas disebabkan oleh virus koronavirus. Ini sekaligus mungkin memberikan impak kepada kesan kewangan dan pendapatan syarikat Apple tersebut sendiri.

Menurut Apple, walaupun pengeluaran telah dimulakan semula, tetapi ia adalah masih perlahan daripada apa yang dijangkakan.

Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan yang mana permintaan produk mereka di China turut terkesan – yang mana memberikan kesan terhadap jualan produk mereka di negara berkenaan.

Apple mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai sasaran jualan menjelang April kelak.



Apple Mengatakan Bekalan iPhone Terjejas Sementara Disebabkan Oleh Koronavirus

Add a Comment

Your email address will not be published.