Apple Tidak Lagi Memaparkan Ulasan Pengguna Pada Laman Rasmi


Anda membaca Amanz untuk mencari ulasan pelbagai peranti yang kini di pasaran. Pendapat kami sering diambil serius sebelum pembelian dilakukan. Tetapi tugas mengulas bukanlah susah dan menjadi kebiasaan ulasan pengguna adalah lebih diambil berat kerana mereka membeli dengan duit sendiri. Tetapi Apple nampaknya tidak lagi membenarkan ulasan pengguna dipaparkan pada laman produk di laman sesawang mereka.

Kehilangan ulasan pengguna disedari oleh AppleInsider pada 17 November lalu. Sebelum ini terdapat pautan untuk Ratings & Review pada kesemua produk yang ditawarkan pada stor Apple.com. P. Ini menyukarkan pengguna mencari produk yang terbaik dan sesuai digunakan menerusi laman rasmi Apple. ihak Apple belum memberikan sebab mengapa ulasan pengguna tidak lagi dipaparkan untuk tatapan umum.



Apple Tidak Lagi Memaparkan Ulasan Pengguna Pada Laman Rasmi

Add a Comment

Your email address will not be published.