ASB Financing/Loan Mesin Buat Duit


ASB Financing Mesin Buat Duit. Mesin Print Duit?  Mesti ramai yang tertanya-tanya, untung ke buat loan/financing ASB ni? Berbaloi ke? Kalau anda nak tahu, dengan ASB Financing ni antara salah satu cara mudah nak jana dan simpan banyak duit dalam masa singkat.

Untuk artikel kali ini, Lebih Info akan kongsikan ASB Financing Mesin Buat Duit.

ASB Financing/Loan Mesin Buat Duit
Ka-Ching! Mesin Jana Duit.

ASB ni adalah salah sebuah instrumen pelaburan yang biasa kita dengar. Tiap-tiap tahun mesti dengar.

Tiap-tiap tahun mesti tertunggu-tunggu bilalah nak umum dividen ASB, kan?

Tahu tak, ada dua cara untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB):

  1. Pakai duit sendiri, tiap-tiap tahun kita melabur hasil dari duit gaji atau pendapatan sendiri.
  2. Melabur tapi pinjam duit bank atau nama terkenalnya loan ASB (LASB) atau ASB financing (ASBF).

Melabur dengan duit sendiri tu kita biasa dengar, dan kadang-kadang kita sendiri pun melabur.

Tapi amende ASB Financing ni? Kadang-kadang orang sebut Loan ASB?

ASB Financing/Loan Atau Pembiayaan ASB

Kadang-kadang ramai yang nak melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tetapi tak ada modal atau capital untuk buat pelaburan dengan jumlah yang banyak atau besar.

Jadi, dengan ASB Financing/Loan ni, anda akan pinjam duit dari bank untuk dapatkan dividen ASB.

Macam pelaburan ASB biasa, pinjaman ASB ni hanya terbuka kepada Bumiputera.

Apa Itu Pinjaman ASB

Pinjaman ASB ni ialah pinjaman atau loan jangka asas, dan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman ASB dikira menggunakan kaedah pengurangan baki.

Pembiayaan ni kita buat dengan bank. Pihak bank akan belikan sijil ASB untuk kita dan pegang sijil tersebut.

Dengan ASB Financing, pasal duit kita takpayah fikir. Duit bank yang akan pinjamkan. Kerja kita kena bayar ansuran + faedah bulanan je kepada bank.

Simpan ASB pakai duit bank dividen sedaplah. Dividen tinggi sebab jumlah prinsipal kita tinggi. Ye lah, duit bank kan? Haha.

Perbezaan ASB Loan dan ASB Financing

“Apa beza ASB Loan dengan ASB Financing ni? Kadang-kadang dengar orang sebut ASBF, kadang-kadang ASB Loan, pening la!”

Dah, tak payah pening. Meh kami suap panadol.

Dua-dua ni konsepnya sama je. Cuma instrumen je ada beza sikit. Satu Islamik, satu lagi konvensional.

ASB Financing

ASB Financing adalah pembiayaan ASB menggunakan pembiayaan Islamik. Antara bank yang menawarkan adalah CIMB Islamic & Maybank Islamic.

Kalau anda seorang Muslim dan cenderung kepada instrumen Islamik, anda boleh pilih option ni.

Kalau anda, tak nak itu terpulang kepada anda 😀

ASB Loan

ASB Loan pula adalah menggunakan pinjaman konvensional dan ada Lock in Period.

Lock-In-Period

“Ada lock in period ke ASB Financing/Loan ni?”

Jawapannya ya dan tidak. Ha, kelirukan? Meh kami terangkan.

ASB  Financing tak ada tempoh pantang (lock in period). Kalau anda nak batalkan atau cancel, anda boleh buat bila-bila masa sahaja. Anda akan dapat pulangan surrender value dan prinsipal semula.

Tapi, ASB loan ada lock in period. Tapi tempoh bergantung kepada bank yang anda gunakan untuk buat ASB Loan.

Jika anda nak batalkan dalam waktu lock in period, anda akan dikenakan denda atau exit penalty.

Perkara Penting Sebelum Buat ASB Financing

Jadi, mana yang patut anda pilih. Melabur ASB macam biasa atau beranikan diri untuk buat ASB Financing atau ASB Loan?

Ada beberapa perkara yang ada perlu pertimbangkan.

Kemampuan Kewangan

Jangan main tibai je.

Kena ukur kemampuan anda juga. Jangan sebab nak makan dividen besar, anda pinjam jumlah yang tak sepatutnya dengan kemampuan kewangan anda.

Kena ingat, pembiayaan ASB ni masuk dalam report/laporan CCRIS anda.

kalau konsisten, laporan CCRIS anda akan buruk. Nanti akan jejaskan kehidupan anda juga. Nanti susah nak buat loan lain pula.

As the old saying goes, ukur baju dibadan sendiri.

Matlamat Kewangan Anda

Ada macam-macam cara anda boleh guna untuk maksimumkan keuntungan anda. Ada teknik labur semula dividen la, compounding la.

Yang itu, terserah kepada anda nak buat macam mana pun. Ada banyak sifu-sifu berkaitan dengan pelaburan ASBF dan Loan yang buat kelas tentang teknik melabur.

Bukan dekat Kuala Lumpur je, kat Sabah Sawarak pun kadang-kadang ada dianjurkan seminar-seminar ni.

Tunggu anda je lah samada nak pergi ke tak.

Halal ke ASB Loan/Financing ni?

Ini agak kontroversi.

Banyak badan-badan fatwa negeri dah mengharuskan pelaburan ASNB antaranya Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain

Anda boleh baca berita ni.

Terpulang kepada anda sama ada nak ikut, atau tidak.

Kesimpulan ASB Financing/Loan

Melabur menggunakan pinjaman ASB adalah satu pilihan yang baik. Kadang-kadang boleh jadi Mesin Buat Duit asalkan anda bersedia untuk membayar bayaran bulanan pinjaman pada tahun pertama.

Ye lah, zaman ekonomi tak menentu ni banyak cara yang kita boleh fikirkan untuk jana duit untul kelansungan hidup dan hidup yang selesa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan dengan mana-mana bank yang ada menawarkan servis pelaburan ASB ni.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya kepada anda!

 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.