Astro Ultra Box Tidak Lagi Memaparkan Saluran Beresolusi SD Bermula Hari Ini


Astro B.Yond dilancarkan sedekad yang lalu bagi menawarkan kandungan HD kepada pengguna. Kita di tahun 2019 dan akhirnya kotak TV Ultra Box pula ditawarkan oleh Astro bagi memaparkan kandungan pada resolusi 4K. Bermula hari ini, pengguna Ultra Box tidak akan lagi dapat menonton saluran pada resolusi Standard Definition (SD) sekiranya saluran yang sama ditawarkan pada resolusi HD.

Dengan kata lain pengguna Ultra Box tidak lagi dapat mengakses Astro Ria pada saluran 104 sebaliknya akan hanya dalam menonton Astro Ria HD pada saluran 123. Ultra Box masih akan menawarkan kandungan RTM pada saluran 101 dalam resolusi SD kerana Astro tidak menawarkannya dalam resolusi HD sebelum ini.

Sebagai pengguna Astro kami menyambut baik tindakan ini kerana jika saluran SD terus ditawarkan bersama dengan saluran HD ia hanya menimbulkan kekeliruan. Memandangkan Ultra Box dipadankan dengan TV 4K UHD, menonton kandungan SD hanya akan menyakitkan mata. Senarai penuh 53 saluran SD yang dihentikan pada Ultra Box dengan saluran HD yang berkaitan adalah seperti di bawah.



Astro Ultra Box Tidak Lagi Memaparkan Saluran Beresolusi SD Bermula Hari Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.