Atetico ‘Si Anjing Liar’ Yang Antara 6 Perkara Yang Meruntun Ego Liverpool

Liverpool pernah berada di sini. Mereka juga pernah berada di sini. Selepas ini Liverpool akan kembali ke stadium terkenal mereka untuk menentang sebuah lagi pasukan dari Sepanyol.

Objektifnya tetap sama. Untuk mengembalikan defisit jaringan memihak kepada mereka sekali gus memastikan impian keramat di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) terus hidup.

Estadio Wanda Metropolitano

Stadium Wanda Mettropolitano pernah menjadi saksi kegemilangan Liverpool.

Ia adalah arena di mana setiap penyokong Liverpool mempunyai memori yang indah.

“Let’s Talk About Six”. Itu kata mereka sekembalinya dari sini hampir setahun yang lalu.

Kali ini karma tidak bersama dengan mereka. Bagi lawan, sememangnya lama ibarat sudah terdesak untuk melihat juara Eropah dan dunia itu ditumbangkan.

Diego Simone

Diego Simone kali ini – semestinya – adalah individu yang menjadi perancang utama kepada kekecewaan sulung Liverpool pada musim ini.

Saul Niguez pula memainkan peranan sebagai penjaring gol kemenangan. Gol minit ke-4 perlawanan menyudahkan perteuan pertama pusingan 16 terakhir diantara kedua-dua pasukan.

Liverpool kini perlu bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada musim lalu – demi memastikan kesinambungan bicara tentang kejuaraan ke-6 pada Jun tahun lalu diteruskan.

Keraian di kalangan pasukan tuan rumah selepas tamat perlawanan cukup menggambarkan emosi kelab Madrid itu. Atletico percaya mereka sudah berjaya menoktahkan perjalanan Liverpool.

Pemain dan Simeone melakukan ‘lap of honors’ untuk menghargai penyokong yang terus kekal di stadium memberikan sokongan.

Atletico naif jika memikirkan Anfield tidak boleh melukakan mereka. Tanya kepada Messi. Tanya kepada Pique. Walau 10 purnama ‘Roh dari Anfield’ masih menghantui gergasi dari Catalan itu.

Ego juara dunia diruntun

Bagi Liverpool, kekalahan ini membuatkan kepala mereka tertunduk. Ego diruntun, jiwa ibarat disentap. Ia situasi yang memiliki penjelasan mudah.

Situasi ini bukan situasi yang biasa buat skuad Jurgen Klopp. Tidak sejak September apabila skuad senior Liverpool tewas – juga dalam pertandingan sama.

Liverpool pada musim ini bukan ditakdirkan untuk kalah, dan satu perkara yang pasti mereka tidak sukakan kekalahan.

Ia menarik untuk melihat bagaimana tindak balas Liverpool dalam perlawanan timbal balik di Anfield nanti. Ia ujian besar.

Atletico pasti enggan terjerat sepertimana Barcelona diperangkap oleh tipu muslihat gol Divock Origi.

Simone sedar akan ancaman sebegitu. Satu perkara pasti, ia adalah 90 minit penuh mendebarkan menanti kedua-dua pasukan selepas ini.

Amaran oleh Klopp

Satu perkara mengenai kualiri Klopp yang menarik perhatian penulis ialah pengendali dari Jerman ini sentiasa tahu akan apa yang bakal pasukannya hadapai.

Kualiti ini membuatkan Liverpool sentiasa bersedia – selangkah di hadapan – berbanding lawan. Itu kelebihan dimiliki Liverpool.

Sebelum perlawanan menentang Atletico, Klopp menyifatkan pasukan dari Sepanyol itu sebagai ‘results machine’ – gambaran skuad kendalian Simone akan bermain habis-habisan, dan tidak akan memberi muka.

Skuad Simone juga kebiasaannya akan memperolehi ‘keputusan’ yang dikehendaki dalam perlawanan yang mereka ‘mahukan’.

Apatah lagi apabila berhadapan juara eropah dan juara dunia di arena sendiri. Klopp tahu apa yang bakal diharungi oleh pemain-pemainnya.

Atletico si anjing liar

Jika Atletico diibaratkan seekor haiwan, mungkin anjing liar adalah haiwan yang boleh disamakan dengan kelab dari Sepanyol ini.

Mereka akan menyalak dan menggigit, mereka akan mencakar, berlari dengan buas bagaikan seekor ibu anjing yang mempertahankan sarang anaknya yang baru dilahir diserang pemangsa.

Tidak banyak pasukan boleh beraksi seperti Atletico di pertandingan ini. Dari 12 perlawanan kalah mati UCL di bawah kendalian Simone, Atletico hanya dibocori sebanyak dua kali.

Selepas gol awal yang dihasilkan Niguez, mereka bertahan dan menyerap setiap asakan yang dilontarkan Liverpool. Ini adalah pasukan yang suka bertahan. Sebuah pasukan yang bangga kerana kekerasan dan organisasi yang mereka miliki.

Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan kelebihan yang ada. Sepanjang 90 minit perlawanan, Liverpool yang berbangga dengan trio serangan terhebat dunia terkulai tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gawang.

Kecewa dan gundah Klopp difahami

Liverpool menamatkan perlawanan semalam dengan kekecewaan terhadap pengadil dari Poland, Syzmon Marciniak.

Klopp dilayangkan kad kuning, dan sebenarnya agak lama sudah tidak melihat bekas pengendali Dortmund ini menjerit kegeraman ke arah pegawai yang berada di kawasan teknikal.

Sepanjang perlawanan, Liverpool masih berjaya mempamerkan rentak yang mereka perlukan. Atletico ditekan, tetapi sentuhan pembunuh seperti kebiasaan itu telah dimatikan

Atletico dengan gandingan Felipe dan Stefan Savic di pertahanan tengah gagah di benteng.

Renan Lodl lagak seperti seorang bintang di bek kiri – menghalang setiap asakan pemain terbaik Liverpool musim ini, Trent Aleaxnder-Arnold, Mohamed Salah dan Jordan Henderson dari sisi tersebut.

Penutup: Malam untuk dilupakan, welcome to Anfield

Sadio Mane pula hanya kekal 45 minit, terpaksa dikeluarkan kerana kerisuaan akan dilayangkan kad kuning kedua. Mo Salah pula menyusul 18 minit sebelum tamat masa sebenar.

Kapten pasukan, Jordan Henderson pula dikeluarkan kerana kecederaan selepas itu.

Ia malam yang mengecewakan. Ia perlawanan yang anda mahu lupakan jika anda adalah Jurgen Klopp.

Tetapi anda naif jika melabel Liverpool sudah menjadi debu hanya kerana satu kekalahan.

“Welcome to Anfield, its not over yet,” kata Klopp pada sidang media sebagai tekad untuk mengubah keputusan.

 

Source link
Atetico ‘Si Anjing Liar’ Yang Antara 6 Perkara Yang Meruntun Ego Liverpool

Add a Comment

Your email address will not be published.