Bagaimana Untuk Menjelaskan Lompatan 2.56 M Ronaldo Yang Menghancurkan Sampdoria?

Juventus menewaskan Sampdoria 2-1 dalam perlawanan Serie A pada awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut mengekalkan Juventus di tangga teratas liga dengan 42 mata, selepas beraksi lebih satu perlawanan berbanding pencabar terdekat, Inter Milan.

Penyerang Argentina, Paulo Dybala terlebih dahulu meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-19 perlawanan.

Namun Sampdoria berjaya menyamakan kedudukan melalui Gianluca Caprari 10 minit sebelum babak pertama berakhir.

Namun itu bukan kesudahannya mengenai pertemuan kedua-dua pasukan.

Minit terakhir babak kedua, Stadio Luigi Ferraris digamamkan oleh jaringan Cristiano Ronaldo hasil tandukan cantik yang tidak memberi peluan kepada pemain pertahanan dan penjaga gol lawan.

Lonjakan luar biasa

Berdasarkan analisis yang dilakukan pakar, Ronaldo telah melonjak setinggi 2.56 meter (kepala dari permukaan padang), dan terapung lebih kurang 3 saat untuk menanduk tepat bola tersebut.

Sebelum kita pergi lebih jauh, anda perlu tahu bahawa Ronaldo memiliki ketinggia 1.87 meter. Ini bermakna untuk jaringan menentang Sampdoria, Ronaldo telah meningkatkan tambahan ketingggian sebanyak 69 cm.

Lompatan ini secara kasar menghampiri purata ketinggian lompatan secara oleh mana-mana pemain profesional NBA iaitu 71cm.

Ia bukan ketinggian terbaik yang pernah direkodkan oleh Ronaldo. Ketika latihan bersama pasukan Portugal, beliau pernah merekodkan ketinggian lonjakan 78 cm pada 2013.

Dan masihkah anda ingat akan lutut beliau yang hampir mencecah ketinggian Patrice Evra ketika membantu Real Madrid menewaskan Manchester United beberapa musim yang lalu?

Tidak boleh dinafikan, ketinggian lonjakan oleh Ronaldo untuk menanduk bola boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dunia bola sepak saksikan.

Rahsia di sebalik lompatan Ronaldo

Menggunakan ujian biomekanik yang dilakukan oleh University of Chichester pada 2011, keupayaan lompatan oleh Ronaldo dikatakan bersamaan lima kali keupayaan seekor Cheetah.

Menurut Dr. Neal Smith, lompatan Ronaldo kelihatan terapung di udara disebabkan oleh kedua-dua kakinya yang diangkat ke belakang ketika lompatan dilakukan.

Ini membenarkan beliau berada di udara untuk tempoh lebih lama.

Kemampuan melakukan lompatan sebegitu juga turut dikaitkan dengan DNA. Ronaldo dilahirkan dengan otot yang mampu memberi responsif cepat (fast-twitch muscles), yang mampu menjana kepantasan.

Ini tidak bermakna anda sado seperti Ronaldo, maka anda mampu melompat dengan tinggi seperti beliau.

Atlet seperti Ronaldo juga dikaitkan dengan rejim latihan sejak kecil seperti melakukan lompatan dengan membawa bebanan, atau melomat ke atas kotak pada ketinggian tertentu untuk melatih lonjakan dan pendaratan.

Untuk melompat tinggi, seorang atlet juga memerlukan otot betis, bahagian hamstring, den otot paha hadapan yang kuat.

Apabila anda berada di udara, anda juga memerlukan otot perut (abdomen) yang kuat, yang membolehkan anda menggerakkan otot belakang, otot bahu dan leher untuk memimpin (menanduk) bola lebih tinggi.

Pemain seperti Ronaldo menggunakan latihan mengangkat pemberat yang sangat berat dalam beberapa bahagian untuk membangunkan otot-otot ini.

Semasa sesi latihan bh, Ronaldo yang memiliki berat 85kg akan mampu menaikkan berat dengan jumlah yang sama dengan lebih daripada 16 kereta Toyota Prius.

Diet juga memainkan peranan. Patrice Evra pernah berkongsi bagaimana berat dan sukarnya mengikuti rejim pemakanan yang diamalkan oleh Ronaldo.

Atlet seperti Ronaldo akan banyak mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, telur dan daging, Hanya sedikit gula dan karbohidrat digunakan untuk tujuan pengumpulan tenaga yang digunakan ketika latihan.

Ini menjelaskan mengenai laporan perubatan Ronaldo yang membuatkan doktor kagum ketika beliau baru menyertai Juventus.

Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.

Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:

Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%). Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)

Rumusan

Tidak semua manusia atau pemain bola sepak mempunyai bakat seperti Cristiano Ronaldo. Apatah lagi displin diri ketika latihan dan dalam aspek penjagaan makanan.

Ia memerlukan banyak pengorbanan peribadi. Tidak hairanlah mengapa pemain seperti beliau dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini.

Source link
Bagaimana Untuk Menjelaskan Lompatan 2.56 M Ronaldo Yang Menghancurkan Sampdoria?

Add a Comment

Your email address will not be published.