“Bangsa Melayu Juga Yang Jatuhkan Bangsa Melayu” – Neelofa Kesal Dr Amalina Tegur Produk Susu Pisang


Masih lagi mengenai produk terbaru pengacara Neelofa iaitu Nilofa Susu Pisang yang mendapat perhatian ramai termasuk pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri turut memberi teguran kerana iklan produk terbabit didakwa mengelirukan pengguna.

BACA : “Tak Salah Jual Banana Milk, Tapi Iklan Agak Mengelirukan” – Dr Amalina Minta Penjelasan Dari Neelofa

Menerusi Instastory, Neelofa berkongsi temubual oleh wartawan pada Jumaat lalu yang mengakui terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang cuba menjatuhkan perniagaan bangsa Melayu sendiri.

“Saya terkilan sebab bisnes (susu pisang) ini buka peluang kepada anak Melayu muda berniaga, kebanyakan belum pernah berniaga dan mereka nak belajar meniaga.

“Saya sedih orang Melayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan. Anak Melayu cuba bagi peluang tapi anak Melayu juga nak jatuhkan… kita kena tukar attitude dan mindset ini!

“Kalau macam ini pantang tengok anak Melayu berjaya sampai bila kita tak akan kaya dan jadi orang berkuasa, semuanya bermula dengan kita, jangan tokok tambah dan memperbesarkan benda ni,” – jelas Neelofa dalam video temubual.

Dr Amalina Minta Tiada Pihak Mainkan Isu Perkauman

Bagaimana pun, Dr Amalina meminta tiada pihak memainkan isu perkauman dalam sesuatu kesilapan yang dilakukan dan diia tidak menyatakan secara khusus kepada siapa mesej tersebut ditujukan.

“Saya harap orang menghentikan menggunakan bangsa sebagai alasan ‘Melayu nak jatuhkan Melayu’. Ini adalah tentang integriti, etika dan tanggungjawab.

Salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya akan bersuara tak kira siapa anda jika ia mendapat perhatian saya.” – tulis Dr Amalina di Twitter.

Menurut Dr Amalina dia tidak dapat apa-apa faedah sekiranya untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan menjelaskan dia menentang mengenai produk overclaim dan berbahaya untuk melindungi orang Malaysia.

Malah, kenyataan Dr Amalina yang mahukan tiada isu perkauman dibangkitkan disokong oleh Dr. Rafidah Abdullah dan memberitahu rawatan diberi adil & saksama, tidak mengira bangsa atau agama.

The post “Bangsa Melayu Juga Yang Jatuhkan Bangsa Melayu” – Neelofa Kesal Dr Amalina Tegur Produk Susu Pisang appeared first on TEHPANAS.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.