Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini


Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini. Ketahui cara mohon dan maklumat penting tentang Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia.

Berita baik khususnya untuk anak jati Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang bantuan khas yang disediakan kerajaan untuk membantu anda.

Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini

Rakyat negeri Terengganu yang berkelayakan berpeluang untuk mendapatkan lesen motosikal secara percuma!

Jom baca dan semak secara lanjut Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini.

Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini pada pembentangan Bajet 2019.

Bantuan ini khas untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan memiliki lesen motosikal secara sah.

Tarikh Permohonan

Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:

Tarikh Buka : 20 Februari 2020
Tarikh Tutup : 5 Mac 2020

Penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan berbentuk baucar.

Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera

Berikut kami kongsikan kepada anda proses permohonan lesen percuma ini, syarat kelayakan, cara permohonan manual dan online serta maklumat-maklumat asas yang lain:

Ciri-Ciri Bantuan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) ataupun secara manual
  2. Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri hanyalah kos membuat lesen dan insuran sahaja.
  3. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat di atas dari semasa ke semasa
  4. Bantuan untuk Lesen B2 Sahaja.

Syarat Kelayakan 

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera:

  • Pemohon berusia 16 hingga 40 tahun 
  • Bantuan ini dibuka kepada individu yang bujang dan juga yang sudah berkahwin
  • Pemohon hendaklah merupakan anak jati negeri Terengganu atau bermastautin melebihi 10 tahun
  • Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak lebih RM2,000.00 sebulan.
  • Program ini adalah program pertama kali sahaja dan tiada program susulan.
  • Permohonan yang telah gagal kali pertama tidak layak memohon
  • Pemohon yang masih belajar di Sekolah/IPT/Pusat Kemahiran layak memohon tetapi perlu pengesahan tempat masing-masing
  • Latihan atau Kursus di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja
  • Peserta perlu menghadiri ke tempat yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sahaja
  • Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada MPKK beserta salinan dokumen berikut:
    i. MyKad Pemohon
    ii. Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (Salah satu berkaitan)
    iii. Buat pemohon yang tiada slip gaji, perlu Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK dan Penghulu Mukim
  • Pemohon hendaklah tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Online & Manual

Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu masih meneruskan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di bawah skim iDANA Terengganu tahun 2020.

Program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019 ini.

Berikut kami kongsikan cara membuat permohonan.

Permohonan Secara Online

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA. klik SINI. 
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang ‘SEMAK’
  3. Kemudian tandakan pada kotak Lesen B2 dan klik pada ‘PERMOHONAN BARU’
  4. Pastikan anda baca syarat kelayakan dengan teliti dan tandakan pada ruangan pengakuan serta klik butang ‘SETUJU’
  5. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik pada butang ‘HANTAR PERMOHONAN’

Permohonan Secara Manual

Pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS secara manual iaitu dengan cara mengisi borang yang boleh didapati di:

  1. Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN),
  2. Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)
  3. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berdekatan.

Borang-borang tersebut perlulah dihantar semula ke Pejabat DUN, MPKK, dan i-MiTS yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka dengan cara berikut:

Sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu

Tingkat 15, Wisma Darul Iman,
20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-623 1957
Faksimili : 09-625 1990
Emel : [email protected]

Mereka sedia membantu anda.

Kesimpulan Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia

Artikel Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga yang berminat dan layak untuk mendapatkan bantuan ini.

Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.

Diharap entri Bantuan Lesen Motosikal Percuma Malaysia Terkini dapat membantu anda terutama mereka yang memerlukan lesen motosikal yang sah untuk kemudahan seharian.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.