Bayar Saman Polis & JPJ Online


Servis MYEG antaranya menyediakan servis semak saman JPJ, Polis, AES dan juga servis memperbaharui insurans kenderaan.

Senang kan? Tak payah keluar rumah. tak payah hadap jem dan beratur panjang-panjang.

Ni tahun 2020! Bukan tahun 2002! Semua benda boleh buat secara online.

Semak Saman JPJ

Untuk membuat semakan saman JPJ, anda boleh layari laman web Portal Rasmi JPJ untuk membuat semakan.

Langkahnya senang je.

  1. Pergi ke Portal Rasmi JPJ. Klik SINI.
  2.  Klik menu Dropdown ‘Pilihan Carian’ untuk memilih kaedah carian sama ada mengunakan No Kad Pengenalan (ID) sahaja atau No ID dan No Kenderaan sahaja
  3.  Kemudian pada ‘Kategori ID’ pilih jenis pengenalan diri anda.
  4. Masukkan No ID atau No ID & No Kenderaan.
  5.  Masukkan No Sekuriti ( CAPTCHA) dan klik butang ‘Semak’

Keputusan semakan akan dipaparkan. Semakan hanya akan memaparkan saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Senang gila kan?

Semak Saman Sistem Semakan Online (SSO) PDRM

 Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang dikelokakan oleh PDRM adalah salah satu cara untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis seperti semakan Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.

  1. Layari Portal SSO. Klik SINI
  2. Sila daftar akaun terlebih dahulu jika anda ialah penguna baharu.
  3. Log Masuk mengunakan nama (username) dan kata laluan (password) yang telah didaftarkan.
  4. Klik pada ikon ‘Status Saman’ untuk membuat semakan saman ke atas Nombor Kad Pengenalan ataupun No Plat Kenderaan anda.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.