Bayi maut, motosikal ditunggang ibu langgar lori


Seorang bayi lelaki berusia setahun maut selepas motosikal yang ditunggang ibunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori tangki di Kilometer 67, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah hari ini.Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.20 petang, semasa N.Eshwaran dipangku oleh sepupu ibunya, R.Ammukutty, 17, membonceng motosikal yang ditunggang M.Lavania, 22.”Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori tangki diletakkan di bahu jalan raya dari arah Kuala Lumpur dilanggar oleh motosikal yang dalam perjalanan dari Tapah menghala Bidor, di bahagian belakang lori itu selepas hilang kawalan.”Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan manakala ibu bayi itu, M.Lavania, luka di kedua-dua belah kaki dan Ammukutty hanya mengalami luka di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Wan Azharuddin berkata bayi itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tapah pada kira-kira pukul 3.45 petang, dan mayat bayi serta mereka yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan dan dibedah siasat.“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Sumber: Bernama

Add a Comment

Your email address will not be published.