Beg Menumbuk Diletakkan Di Tempat Awam Bagi Melepaskan Tekanan Jiwa


Masyarakat kita dipenuhi ramai insan yang mempunyai pelbagai tekanan hidup dan jiwa. Perbezaan di antara anda dan kami ialah kami mempunyai tekanan jiwa dan menggunakan blog sebagai medium melepaskan kemarahan yang membuak-buak. Antara kemarahan semasa ialah baju Hari Raya tak ada saiz. Tempat yang ada jual jauh pula dan kami tidak mempunyai masa untuk pergi.
Bagi mereka yang mempunyai kemarahan terpendam di New York, beg menumbuk diletakkan di tempat awam. Penduduk New York di kawasan Chelsea, Soho dan Washington Park digalakkan menumbuk beg yang diletakkan oleh firma rekaan donttakethisthewrongway sempena New York Design Week. Beg yang serupa perlu diletakkan di pasar Ramadan terutamanya apabila makanan yang dibeli tak sedap, line kena potong dan makanan que 3 jam kerana viral tetapi habis the moment you got there.


Source

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *